·
Fardu Tayamum
a.
NIAT, Membaca niat sebelum bertayamum,
tekan kedua tapak tangan di atas tanah yang bersih dan berdebu. "Nawaitut
tayamumma liistibahatis solaah" ertinya "Sahaja aku tayamum
kerana menguruskan sembahyang ".
b.
MUKA, Menyapu muka dengan tanah yang
bersih dan berdebu dengan sekali tepukan.
c.
TANGAN, Menyapu tangan kanan hingga sampai
ke siku dengan tanah yang bersih dan berdebu dari tepukan yang kedua kalinya,
kemudian tangan kiri.
d.
TERTIB, bermakna mengikut urutan atau
turutan (dahulukan niat, muka kemudian tangan).
·
Syarat-syarat Tayamum
a.
Sesudah masuk waktu sembahyang (sebelum masuk waktu tidak boleh
bertayamum).
b.
Sesudah berusaha atau berikhtiar mencari air tetapi tidak berjumpa
atau air yang hendak digunakan terlalu sedikit ataupun cuma untuk minuman
sahaja.
c.
Sebelum melakukan tayamum hendaklah terlebih dahulu menghila ngkan najis jika ada.
·
Sunat-sunat tayamum
a.
Menghadap ke arah Kiblat.
b.
Membaca "Bismillah hirrahman nirrahim".
c.
Menipiskan debu di tangan.
·
Perkara yang membatalkan tayamum
a.
Segala apa perbuatan atau perlakuan yang membatalkan wuduk maka
akan batal juga tayamum.
b.
Terdapat air setelah hendak melakukan sembahyang.
No comments:
Post a Comment