·
Tahlul ialah keluar dari ihram
dengan bercukur atau bergunting setelah sampai masanya.
· Buku Umrah mengandungi tips-tips dari ustaz yang berpengalaman. Dapatkan senaskah sekarang!!! Pergi dengan ilmu, Kembali dengan tenang. Insyallah umrah mabrur.
· Buku Umrah mengandungi tips-tips dari ustaz yang berpengalaman. Dapatkan senaskah sekarang!!! Pergi dengan ilmu, Kembali dengan tenang. Insyallah umrah mabrur.
·
Serba sedikit mengenai syarat sah;
a.
Dilakukan setelah selesai Saie Umrah.
b.
Rambut kepala yang dicukur atau digunting mestilah sekurang-kurangnya tiga
helai.
·
Lebih banyak rambut yang di tahlul kan, insyallah lebih banyaklah
dosa yang Allah gugurkan.
·
Manakala sunatnya;
a.
Bercukur bagi lelaki.
b.
Berdoa ketika bergunting. (Lihat bab Doa).
c.
Melalukan mata pisau di atas
kepala jika seseorang tidak mempunyai rambut.
·
Jika
tertahlul di Bukit Safa, sedangkan saie sudah cukup bilangannya, sahlah
tahalulnya. Jika belum, ia wajib menyempurnakan saienya dan dia dikenakan dam kerana
membuang rambut sebelum masanya.
·
Umrah ulangan (bagi yang bercukur), hendaklah melalukan pisau cukur di
kulit kepala, sekadar sekali lalu. Pada kepala yang botak, isyarat gunting
tidak boleh diterima pakai. Ditakuti tetamu Allah masih berada dalam keadaan
ihram – tanpa sedar
·
PERINGATAN. Bagi tetamu Allah belum selesai mengerjakan Saie, jangan
sekali-kali tolong mentahlulkan tetamu Allah yang telah lengkap Saienya.
Perbuatan ini akan menyebabkan tetamu Allah yang tidak sempurna Saienya akan
dikenakan DAM berat. Rujuk Muttawif untuk maklumat lanjut.
·
Tahlul Ihsar
adalah setelah keluar dari Mallah dua marhalah (91km) atau
lebih atau setelah sampai ke tanah air tetapi dengan menyembelih haiwan DAHULU
kemudian baru bertahlul.
·
Dalil
Tahlul, friman Allah, “Sesungguhnya Allah telah membenarkan Rasul-Nya (dalam)
mimpinya dengan kebenaran (iaitu) demi sesungguhnya kamu akan ke Masjidil Haram
insya Allah (jika dikehendaki Allah) dengan aman sentosa serta bercukur dan
menggunting (rambut) kepalamu tanpa takut sedikit pun" (Al- Fath:27).
No comments:
Post a Comment