·
Di imegrisen, selalunya orang
dari Malaysia diberi barisan khusus dan keutamaan.
·
Jika di imgrisen Madinah,
mereka tidak hiraukan mahram sebaliknya jika di KAAIA, mahram adalah keutamaan
pemeriksaan. Jadi bagi mengelakkan kerenah birokrasi, tetamu Allah yang tumpang
mahram sila berbaris di
tengah-tengah atau di akhir barisan.
·
Bagi yang mendarat di KAAIA,
siapkan air minuman barang sebotol dua sebagai bekalan bagi perjalanan jauh ke Madinah.
Manakala yan mendarat di Madinah, perjalanan ke hotel mengambil masa sekitar 20
ke 30 minit sahaja.
·
Selesaikan
hajat kecil di airport sebelum ke Madinah kerana diatas
bas tandasnya yang ‘tak ok’.
·
Barangan, ambil sendiri dan
bawa keluar sendiri kerana tiada ejen yang dibenarkan berada di dalam terminal – kecuali di
Madinah airport.
No comments:
Post a Comment