· Salah satu tanda didikan Nabi s.a.w. adalah pendudukan Madinah rata-ratanya lemah-lembut dan suka berderma terutama pada bulan Ramadhan. Majlis berbuka puasa yang sangat meriah terutamanya pada minggu-minggu terahir Ramadhan.
·
Kenapa perlu kita menziarah Madinah?
a.
Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban
didalam kitab sahihnya, daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda;
“Sesungguhnya, dari ketika seorang daripada kamu meninggalkan rumahnya untuk
pergi menuju Masjid Nabawi, satu kakinya dirakamkan satu perbuatan baik dan
kaki yang satu lagi menghilangkan satu dosa daripadanya”.
b.
Nabi s.a.w pernah
menceritakan kepada para sahabat baginda yang amat merindui umatnya yang
terkemudian yang tak pernah berjumpa dengan baginda.
c.
Ketika baginda hampir
menghembuskan nafas baginda yang terakhir, banginda ada mengulangi sebutan
umatku sebanyak 3 kali.
d.
Bekas kerja tangan Nabi s.a.w
terletak pada Masjidnya yang dipanggil Masjid Nabawi. Tidak mahukah kita
melihat hasil ’arkitek’ nabi?
e.
Menziarahi Makam baginda
adalah sebagai tanda kita membalas tanda kasih kita kepada baginda – mengorbankan jiwa raga untuk menyelamatkan
ahidah umatnya!!!
·
Sebagai
tambahan kelebihan Madinah;
a.
Nabi s.a.w, apabila balik
dari perjalanan yang jauh, tatakala terlihat dinding masjid ini, baginda akan
memacu laju kuda tunggangan baginda.
b.
Di dalam Masjid Nabawi
terletaknya tempat yang sangat istimewa iaitu salah satu daripada Taman-taman
Syurga - Raudah.
c.
Nabi s.a.w di dalam septong
hadis riwayat Ad-Dailami, baginda memerintahkan agar umatnya melindungi
jiran-jiran baginda iaitu penduduk Kota Madinah.
d.
Hadis riwayat Bukhry dan
Muslim, menyatakan malaikat menjaga pada jalan menuju Madinah daripada wabak
ataupun Dajjal.
e.
Hadis riwayat Bukhry dan
Muslim, menyatakan Madinah adalah seperti pam angin yang menyingkirkan
kotorannya dan membersihkan apa yang elok di dalamnya.
f.
Dikata orang juga bahawa para malaikat adalah penjaga Madinah. Ini menyebabkan awan
di atas kota Madinah adalah rata akibat dari kepak malaikat yang melindungi
kota ini seperti yang dinyatakan dalam Hadis Riwayat Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah berdoa; “Wahai Allah! Jadikanlah keberkataan
di Madinah dua kali ganda keberkataan di Mekah”.
.
.
.
.
....
No comments:
Post a Comment