·
Perbetulkan
niat di Tanahair. Bagi orang yang ingin mengerjakan umrah dengan cara yang
paling diredhai Allah, tentunya selain menjaga agar niatnya benar-benar ikhlas
kerana Allah, tidak bercampur riyaa`, 'ujub, sum'ah dan takabbur, mestilah
mengerjakannya sesuai dengan tuntunan Rasulullah s.a.w. dan sekiranya keadaan
memerlukan bolehlah menerima rukhsoh (keringanan) yang diberikan oleh Baginda s.a.w.
tanpa memandang kecil erti amalan-amalan itu serta memohon ampun diatas semua
kekurangan yang berpunca kelemahan manusia.
·
Penyucian
jiwa (menurut pandangan penulis) adalah melakukan ibadah umrah menurut sunnah
Nabi s.a.w. dan menjaga adab-adab ketika dibumi suci itu nanti disamping menghayati penat-lelah Nabi s.a.w. ketika menyebarkan
syiar Islam di muka bumi ini
·
Jika
ada membawa orang tua-tua, eloklah membawa bangku duduk yang pendek sebagai
alas kaki ketika didalam pesawat, bas dan ketika beriktikaf.
·
Beg
galas, bagi mengisi keperluan ketika dalam pemusafiran – sangat berguna.
·
Kain ihram dua
pasang/sepasang bagi lelaki. Pastikan kain ihram yang bersesuaian saiznya.
Sekurang-kurangnya bawa tiga helai.
·
Sebagai
menjimatkan berat beg dan ruang beg, jangan dibawa kain yang tebal-tebal. Tuala
mandi pun tak perlu bawa, sebaliknya, gunakan kain bersahan mandi sebagai tuala
mandi.
·
Wang
tunai, sekurang-kurangnya RM1,000 dan RM700 sebagai persiapan tambahan untuk
DAM; sekiranya ada. Na’uzubillah.
·
Bagi
perjalanan terus ke Madinah/Jeddah, tukar sekitar RM100 ke Riyal sebagai
bekalan untuk membeli makanan di perjalanan ke Mekah/Madinah.
·
Bagi
perjalanan transit untuk ke Jeddah, tukar sekitar RM50 ke Riyal dan RM50 ke USD
bagi tujuan yang sama seperti diatas.
·
Bawa
sedikit bekalan minuman dari KLIA. Cecair lebih dari 100ml akan di PAKSA
tinggalkan, jadi bersederhanalah.
·
Selipar
murah, nipis dan berbelon.
·
Jika
ada mambawa lips glow, ingat JANGAN ‘ter’guna ketika dalam ihram.
·
Lotion
muka jenis Vaselin, Lotion badan, Krim kaki & cermin mata hitam!
·
Jubah;
beli di Madinah/Mekah … banyak pilihan dan murah.
·
Plug
point untuk cas kamera atau handphone.
·
Kain
perca, sebagai penanda air zam-zam dan selipar.
·
Cara
mengikat kain umrah yang selesa …
·
Lampu
suluh, jika ada rancangan untuk memanjat Jabal Thur dan Jabal Nur.
·
Solat
jamak bergantung pada jadual penerbangan tetapi jangan lupa niat musafir dan
solat musafir.
·
Jadual
penerbangan, bergantung kepada permintaan domestic dan antarabangsa. Tempat
duduk seperti yang tercatat di tiket penerbangan
·
Sabun
membasuh baju dan berus.
·
Sabun
mandi atau sampoo mandian. Tidak digalakkan menggunkan sabun/sampoo badan
ketika mandi kerana ianya boleh mengatalkan kulit disebabkan oleh kulit yang
kering.
·
Tali
dan hanger murah untuk menyidai baju yang telah di basuh.
·
Spare
beg untuk beg tambahan pulang (beg beranak)
·
Pakaian
nipis dan tidak terlalu tebal untuk lelaki. Manakala jubah nipis (yang banyak
lapis) untuk wanita.
·
Kamera/Camcoder;
bukannya barang terlarang. Ianya adalah dibenarkan kecuali pada tempat-tempat
tertentu seperti di dalam Masjid Nabawi dan di dalam Masjidil Haram. Walau
bagaimanapun, kamera handphone adalah dibenarkan tetapi hati-hati sajalah –
takut-takut kena rampas!
·
Persediaan
beriktikaf. Bawa buku-buku agama contohnya kisah para auliya’ , anbiya’, sirah,
selawat nabi dsb. Jangan lupa buku doa …
·
Umrah
ialah ibadah yang memerlukan kekuatan fisikal. Dari itu bawa minyak urut panas
atau gamat untuk keselesaan mengerjakan ibadah di sana . Vitamin-C atau Tang Oren eloklah dibawa
sebagai minuman penambah tenaga.
·
Keperluan
wanita
a. Baju/seluar putih …
hati-hati kerana kenipisannya yang menampakan pakaian dalam
b. Solat/ihram – cari
telekung yang khusus untuk ihram, tidak terlalu panjang dan tidak terlalu
pendek. Lebih mudah memakai seluar (tidak ketat ya!) dari kain telekung ataupun
baju kurung.
c. Seluar dalam – 5 helai
d. Baju dalam – 4 helai
e. Bawa banyak panty liner kerana ianya membantu ketika batuk-batuk disebabkan
faktor alahan kepada cuaca.
f. Pad untuk masalah biasa. Selalunya ianya datang kurang lebih 5
hari. Pelik tapi selalunya benar – Rahmat Allah untuk tetamunya.
·
Ketika naik teksi, pastikan wanita
naik kemudian dan turun awal terutamanya di Mekah.
·
Sedikit
reben dan pin – sebagai tanda kumpulan.
·
Karung
selipar. Untuk disimpan selipar. Ada
dijual di Maiden. Biji tasbih 7 biji ada dijual juga di sana bagi tujuan kiraan tawaf.
·
Ubatan.
Ubat batuk, demam dan selsema akan dibekalkan oleh syarikat. Tetapi ubat yang
lain (keperluan sendiri) WAJIBlah dibeli sendiri. Yang dicadangkan sebagai
tambahan adalah ubat cirit-birit (pil chi Kit Teck Aun), ubat angin (pil Actal)
·
Handphone
untuk menghubungi sank-saudara;
a. Roaming. 1 minit panggila n RM6 samada membuat atau menerima panggilan.
b. Beli SIM kad di Arab Saudi. 1 minit panggila n
RM3/minit siang dan RM1.5/minit malam. Manakala SMS RM0.50 sen/sms. Terima
panggilan – percuma. SIM kad ini laku untuk tempoh 3 bulan.
c. Beli kad phone Telekom Malaysia samada
i-Talk mobile kad atau Ring-Ring kad. Caj membuat panggilan ialah RM1.80 seminit
tidak termasuk caj memanggil operator di Malaysia 1-800-60 atau 1-800-69. ini
adalah apabila kita menggunakan Public Phone atau Talian tetap Hotel. Caj
roaming akan dikenakan jika menggunakan handphone.
.....
No comments:
Post a Comment