19 - DALIL TENTANG HAJI
DAN UMRAH
Dan
sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah. Jika kamu terkepung
(terhalang oleh musuh atau kerana sakit), maka (sembelihlah) korban yang mudah
didapat, dan jangan kamu mencukur kepalamu, sebelum kurban sampai di tempat
penyembelihannya. Jika ada di antaramu yang sakit atau ada gangguan di
kepalanya (lalu ia bercukur), maka wajiblah atasnya berfidyah, iaitu: berpuasa
atau bersedekah atau berkorban. Apabila kamu telah (merasa) aman, maka bagi
siapa yang ingin mengerjakan umrah sebelum haji (di dalam bulan haji),
(wajiblah ia menyembelih) kurban yang mudah didapat. Tetapi jika ia tidak
menemukan (binatang korban atau tidak mampu), maka wajib berpuasa tiga hari
dalam masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kamu telah pulang kembali. Itulah
sepuluh (hari) yang sempurna. Demikian itu (kewajiban membayar fidyah) bagi
orang-orang yang keluarganya tidak berada (di sekitar) Masjidilharam
(orang-orang yang bukan penduduk kota
Mekah). Dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah sangat keras
siksaan-Nya.
Surah Al-Baqarah:196
Pendapat
Ulama’ 4 Mazhab:
Pendapat ulama
mazhab Maliki dan Hanafi menyatakan umrah itu hanya sunat muakad, berdasarkan
satu hadith yg diriwayatkan oleh Tarmidzi dan Imam Ahmad bin Hanbal. Manakala
pendapat ulama' dalam mazhab Syafi'e dan Hanbali yg menyatakan umrah itu adalah
wajib berdasarkan ayat 196 Surah al-Baqarah tu.
Imam Syafie
mengatakan bahawa kita boleh bertangguh mengerjakan haji sebab Rasulullah
sendiri pun menangguhkan haji hingga tahun ke 10 hijrah. Ayat 196 itu
diturunkan tahun 6 hijrah, tapi Rasulullah pergi kerjakan haji tahun 10 hijrah.
Tapi jumhur ulama' yg mengatakan ayat suruhan haji diturunkan hanya pada tahun
9 hijrah.
.
1. Kewajipan Mengerjakan Umrah dan Keutamaannya
a. Ibnu Umar berkata, "Tiada seorang pun melainkan atas dirinya ada
kewajiban mengerjakan haji dan umrah."
b. Ibnu Abbas berkata, "Sesungguhnya ibadah haji itu kawan seiring dengan
Umrah, sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab Allah yang artinya,
'Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah itu kerana Allah'.”
c.
Abu
Hurairah r.a. mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, "Umrah ke umrah yang
lain adalah menghapuskan dosa di antara keduanya. Haji yang mabrur itu tidak
ada balasannya melainkan surga."
2.
Mengerjakan Umrah Sebelum Mengerjakan Haji
a.
Ikrimah
bin Khalid mengatakan bahwa dia bertanya kepada Ibnu Umar tentang umrah sebelum
haji, lalu Ibnu Umar menjawab, "Tidak mengapa." Ikrimah berkata,
"Ibnu Umar berkata, 'Nabi berumrah sebelum haji'."
3. Berapa Kali Nabi Mengerjakan Umrah?
a.
Qatadah
berkata, "Saya bertanya kepada Anas, 'Berapa kali Nabi mengerjakan umrah?'
Ia menjawab, ' (Beliau mengerjakan umrah) empat kali, (semuanya pada bulan Dzulkaedah,
kecuali yang bersama hajinya), iaitu umrah dari Hudaibiyah pada bulan Dzulkaedah
ketika beliau dihalangi kaum musyrik. Umrah pada tahun berikutnya dalam bulan Dzulkaedah,
sesuai dengan perjanjian damai dengan mereka, dan umrah Jaaranah, iaitu ketika
membahagi rampasan Hunain dalam bulan Dzulkaedah, seterusnya umrah bersama
hajinya dalam bulan haji. Saya (Qatadah) bertanya, 'Berapa kali beliau
mengerjakan haji?' Ia menjawab, 'Satu kali.'"
4.
Dari
Said Al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda, “Berfirman Allah ‘ajawajalla,
sesungguhnya seorang hamba yang telah diberi kesihatan badanya dan diberi
kelapangan rezeki oleh Allah kepadanya, namun selama 5 tahun ia tidak mengunjungi-Ku
maka terputus (dari barokah dan keredhoan-Ku)
5. Menurut Imam Malik, umrah
sunat dilakukan tiap tahun sekali. Tetapi bila dilakukan lebih
dari satu kali, hukumnya makruh. Menurut Imam Syafie, dan Abu Hanifah, tidak
makruh kalau dilakukan lebih dari satu kali dalam setahun.
Nota: Sahih Bukhry – (1), (2) dan (3)
Ibnu Hibban – (4)
Ibnu Rusydi – (5)
No comments:
Post a Comment