Wednesday, February 5, 2014

PraKata

 Pra Kata
Assalamualaikum para tetamu Allah yang diberkati ...

Idea buku ini tercetus bilamana saya menyedari bahawa ibadah umrah adalah suatu ibadah yang akan tetap dilaksanakan oleh mereka-mereka yang terpilih oleh Allah untuk menjadi tetamu jemputanNya. Dan ini berlaku saban waktu. Tak kira ketika.

Bila saja kita terpilih menjadi tetamu jemputanNya, maka masa itulah kita akan tercari-cari sahabat, kaum kerabat, jiran tetangga atau para ustaz untuk memohon nasihat dan panduan.

Setiap nasihat atau panduan yang diberikan seringkali kita dapati kesamaan dan tak kurang juga percanggahannya. Tentang kesamaan itu ... okey lah. Tetapi adakah “itu” benar-benar mengikut sunnah?

Bila tentang percanggahan pula, maka kita akan tercari-cari jawaban yang pasti. Kalau ada yang jenis suka mengambil "ruksah" maka mereka pasti tak kisah dan akan bertaklik kepada sesuatu yang mereka lebih yakin (bergantung kepada cara penyampian jemaah yang telah lepas). Tetapi benar-benarkah “itu” yang bakal kita persembahkan di hadapan Allah bila ke “rumah”Nya!!!

Menyedari permasalahan ini maka buku ini saya terbitkan bagi mengisi ruangan ini melalui bahasa santai.


Apa yang tuan/puan baca disini adalah merupakan nota umrah saya edisi yang ke-4. Manakala yang saya terbitakan adalah dari edisi yang ke-9. Sudah barang pasti banyak sekali yang telah saya muatkan kedalam edisi tersebut.

Secara amnya, segala maklumat yang terpapar adalah himpunan tip-tip dari pengalaman Jemaah yang telah lalu. Turut dimasukkan kedalam buku ini adalah ibadah umrah mengikut sunnah nabi s.a.w. Selain dari itu, maklumat-maklumat penting mengenai Negara Saudi, perjalanan dan lain-lainnya turut ada dalam buku ini. Ada banyak lagi.

Akhir kalam, pergi buat kerja umrah biar dengan ilmu, bukan pergi "ikut-ikut". Dengan ilmu dapat pahala, dengan "ikut-ikut" dapat penat sahaja … 


Wassalam












 Pra Kata

Wednesday, January 15, 2014

KATA PENGHANTAR

Mengenai buku ini

Para tetamu Allah yang di kasihi Allah sekelian;

Segala puji-pujian bagi Allah, tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w., Rasul junjungan pilihanNya.

Terpilih kita untuk mengunjungi Rumah Allah yang mulia adalah merupakan rahmat Allah yang cukup besar. Perasaan seronok yang datang berselang-seli dengan gementar cukup untuk merungsing akan keupayaan kita. Tambahan pula, kita selalu disogok-sogokkan dengan cerita-cerita yang aneh yang menimpa tetamu Allah yang telah lepas. Apakah ketulinan iman kita mampu untuk menanggung kifarah yang Allah akan berikan? Kita seolah-olah seakan menuju ke suatu perjalanan yang penuh misteri! Sebenarnya ini adalah suatu fenomina BIASA pada setiap tetamu Allah yang akan menjadi tetamuNya buat pertama kali.

Tanah Haram bukanlah tempat bagi Allah untuk “membalas dendam” akan kealpaan kita yang telah lalu. Allah itu adalah Zat yang bersifat MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYANYANG. Sayangnya Allah pada kita adalah tidak dapat digambarkan jumlahnya berbanding dengan sayangnya seorang ibu kepada anaknya.

Kerana itu, penulis terpanggil untuk menyediakan makallah ini. Makallah kecil ini adalah sebagai garis panduan ringkas dan persedian bagi para tetamu Allah untuk sebelum melalui perjalanan umrah. Dengannya mudah-mudahan dapatlah tetamu Allah merancang akan hari-hari yang bakal dilalui kelak. Ianya boleh juga berfungsi sebagai “teman” untuk memberi gambaran awal sebelum setiap perjalanan berikutnya.

Lazimnya, kifarah disana lebih kepada kealpaan atau kedaifan para tetamu Allah dalam mengendali diri ketika di sana. Ianya terjadi disebabkan oleh sifat “kebiasaan” kita yang telah menjadi amalan sebati sejak berzaman lamanya. Kurangnya persediaan dan pengetahuan yang lebih kurang juga adalah faktor utama pada permasalahan ini.

Walaupun kursus umrah telah diberikan, namun ianya pasti tidak dapat meliputi semua perkara dalam masa yang terhad. Jika boleh semuanya mahu dikongsikan, tetapi adalah mustahil pengajar dapat berbuat sedemikian. Persoalan-persoalan yang “biasa” pula selalu diajukan ketika kursus. Kealpaan untuk mengenal-pasti permasalahan yang bersesuaian dengan keperluan kita terbatas oleh ketidakupayaan kita “melihat” perjalanan suci itu sebelum berangkat. Ini adalah kelemahan kita yang cukup besar. Lebih besar kesilapan ini apabila kita secara tidak sedar mengiktikadkan ibadah ini sebagai ibadah ikut dan buat. Maka sia-sialah amal perbuatan kita itu tadi – jika dikira dari segi pahala.

Dari itu mengenal dengan sebenarnya akan tempat apa bakal dituju dan ibadah itu sendiri sepatutnya menjadi tujuan utama kita dalam menghadiri kursus yang dianjurkan. Sebaiknya sebelum menghadiri mana-mana kursus umrah, buatlah sedikit penyelidikan melalui bacaan atau temu-ramah dengan orang yang lebih berpengalaman.

Semua kita mengimpikan ibadah umrah yang aman di sepanjang jalan.  Bila terjadinya sesuatu kepincangan, kita seolah mahukan Muttawif sentiasa berada di sisi kita untuk memberi penyelesaian.  Gagal mendapatkan khidmat Muttawif pada masanya, membuatkan kita selalu menutup rasa was-was dengan apa saja – terkadang kita memandang ringan dan terus melupainya. Bagi pengendali umrah pula, kebiasaan mereka berulang-alik ke sana membuatkan perkara-perkara kecil kelihatan tidak begitu penting. Tetapi perkara-perkara inilah yang banyak menganggu kesempurnaan peribadatan kita nanti.

Sememangnya sifat yang kurang sabar sudah sebati dengan kehidupan harian kita sehingga kita rasakan sifat yang kurang elok itu sebagai suatu yang ‘biasa’ pada watak peribadi kita. Yang lebih sukar tetapi perlu dijaga adalah perasaan. Bila berlaku pertembungan dua elemen ini – watak kebiasaan dengan perasaan, ketidak-sabaran kita itu mudah menyerlah. Apabila emosi bercelaru, kita akan mudah “melatah”. Jika kecelaruan dapat dikurangkan, maka insyallah akan lebih selamatlah diri yang lemah lagi jahil ini dari “kifarah” yang disebut-sebut orang.

Dari itu, myMuttawif, direka khusus untuk para tetamu Allah yang yang pertama kali akan menempuh perjalanan suci ini. Untuk memahami akan destinasi yang bakal dituju, myMuttawif mengajak para tetamu Allah menjiwai pengembaraan ini sebelum berangkat. Melalui penghayatan ini, mudah-mudahan dapatlah para tetamu Allah menghargai akan pahit-maung kesusahan, cabaran dan ketekunan juga kasih sayang Rasulullah s.a.w. dalam menyebarkan si’ar Islam yang mulia di tanah yang terik ini. Bila disana, insyallah, akan lebih mudahlah pembersihan jiwa dapat diuruskan. Kita akan lebih menumpu kepada nilai ibadah kita berbanding dengan kelemahan pengendalian umrah kita.

Selain dari itu, buku ini juga ada menceritakan dengan ringkas mengenai peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dizaman Nabi s.a.w. dan para sahabat baginda. Ini adalah sebagai pengetahuan awal. Apabila berada di sana kita akan dapat menyaksikan sendiri dengan mata kepala kita tempat-tempat yang telah disebut-sebut akan sejarah dan ceritanya.

Apabila pengetahuan sudah ada dan tubuh badan kita pula sedang merasai keadaan tempat tersebut maka secara sepontan kedua-dua perkara apabila bertembung mudah-mudahan dapat menerbitkan suatu kejutan penghayatan yang akan menyelubungi seluruh perasaan secara spontan. Penghayatan inilah yang amat dikehendaki sebagai salah satu elemen untuk penyucian jiwa. Kenangi dan selami kedua-dua perkara tersebut dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan ianya dapat membantu kita dalam usaha kita menjadi insan yang lebih beriman dan lebih bertaqwa.

“myMuttawif” adalah merupakan himpunan nasihat serta himpunan pengalaman para tetamu Allah terdahulu yang melalui fenomina BIASA ini. Melalui barakah pengalaman umrah mereka dan keikhlasan mereka, moga-moga dapatlah para tetamu Allah yang baru menyiapkan diri dan menambah nilai pada ibadah sunat yang julung-julung kali dilaksanakan. Disamping itu, dapatlah tetamu Allah meningkatkan langkah-langkah kewaspadaan terutamanya ketika berihram.

Secara amnya, diharapkan setelah membaca “myMuttawif”, segala kegusaran yang ditimbulkan oleh syaitan yang bersifat merejamkan was-was ke dalam hati, dapat ditapis dengan pandangan ikhlas terhadap rahmat dan kasih sayang Allah. Walau bagaimanapun, jangan lupa bahawa niat adalah pemutus kepada hasilnya ibadah.

Akhir kata, jika sekiranya apa yang dicatat disini adalah tidak seperti yang di alami, saya sebagai insan yang kerdil ini menyusun sepuluh jari memohon ribuan keampunan di atas kesilapan yang tidak di sengajakan itu. Allah jua lah pemilik segala kesempurnaan di dunia maupun di akhirat.


-Wallahualam-







Mengenai buku ini


Tuesday, January 14, 2014

MENGENAI BUKU INI

01Berangkat
Para tetamu Allah yang di kasihi Allah sekelian;

Isi kandung buku ini disusun menurut turutan perjalanan para tetamu Allah bermula dari keluar rumah sehinggalah kembali semula ke tanahair. Kaedah sunnah Nabi s.a.w. menjadi keutamaan dan para jemaah disarankan mengikutinya menurut kemampuan.

Seperti mana perjalanan umrah yang pada kebiasaannya ke Madinah kemudian ke Mekah, buku ini disusun sedemikian rupa supaya para tetamu Allah mudah membuat rujukan di setiap titik kembara suci itu nanti.

Penekanan yang lebih diberikan terhadap perbuatan ihram, masalah berniat, tawaf dan solat wajib ketika pulang. Ini adalah kerana banyak perbuatan yang samar-samar telah tidak dapat difahami dengan sebaiknya oleh jemaah ketika kursus singkat umrah.

Disamping itu, diselitkan juga pandangan empat mazhab yang besar mengenai sesuatu perbuatan ibadah. Gunakan ini sebagai nota pengetahuan bagi menetapkan perbuatan kita disebalik meniru-niru perbuatan jemaah lain. Melakukan ibadah dengan fahaman adalah lebih berpahala dari mengikut-ngikut sebab agama Islam bukanlah agama meniru-niru atau ibadah keturunan.

Di lampiran terakhir, adalah panduan bacaan umrah bermula dari miqat hingga ke tahlul. Semuga para jemaah dapat mengambil menafaat yang optimum dari usaha saya yang kerdil lagi jahil ini.

Selain dari perihal perjalanan suci dan ibadah umrah itu sendiri, di sini diselitkan sekali tempat-tempat mustajab doa bersama jenis-jenis doa dan gambar-gambar penting sebagai pemanis bagi buku ini.


-Wallahualam.

Marilah mulai perjalanan ini dengan KUNCI PINTU SYURGA …




01Berangkat
Firman Allah; “Dan ingatlah, ketika Ibrahim berdoa, ‘Ya Tuhan, jadikan negeri ini (Mekah) negeri yang aman dan jauhkan daku serta anakcucuku agar tidak menyembah berhala” (Surah Ibrahim:35)

Nota: Ketika menyeru dengan perkataan-perkataan ini, Nabi Ibrahim sedang berdiri di atas Bukit Safa.





Monday, January 13, 2014

01. PERSIAPAN SEBELUM BERANGKAT

02FnB
·        Solat taubat banyak-banyak.
·        Perbetulkan niat di Tanahair. Bagi orang yang ingin mengerjakan umrah dengan cara yang paling diredhai Allah, tentunya selain menjaga agar niatnya benar-benar ikhlas kerana Allah, tidak bercampur riyaa`, 'ujub, sum'ah dan takabbur, mestilah mengerjakannya sesuai dengan tuntunan Rasulullah s.a.w. dan sekiranya keadaan memerlukan bolehlah menerima rukhsoh (keringanan) yang diberikan oleh Baginda s.a.w. tanpa memandang kecil erti amalan-amalan itu serta memohon ampun diatas semua kekurangan yang berpunca kelemahan manusia.
·        Penyucian jiwa (menurut pandangan penulis) adalah melakukan ibadah umrah menurut sunnah Nabi s.a.w. dan menjaga adab-adab ketika dibumi suci itu nanti disamping menghayati penat-lelah Nabi s.a.w. ketika menyebarkan syiar Islam di muka bumi ini
·        Jika ada membawa orang tua-tua, eloklah membawa bangku duduk yang pendek sebagai alas kaki ketika didalam pesawat, bas dan ketika beriktikaf.
·        Beg galas, bagi mengisi keperluan ketika dalam pemusafiran – sangat berguna.
·        Kain ihram dua pasang/sepasang bagi lelaki. Pastikan kain ihram yang bersesuaian saiznya. Sekurang-kurangnya bawa tiga helai.
·        Sebagai menjimatkan berat beg dan ruang beg, jangan dibawa kain yang tebal-tebal. Tuala mandi pun tak perlu bawa, sebaliknya, gunakan kain bersahan mandi sebagai tuala mandi.
·        Wang tunai, sekurang-kurangnya RM1,000 dan RM700 sebagai persiapan tambahan untuk DAM; sekiranya ada. Na’uzubillah.
·        Bagi perjalanan terus ke Madinah/Jeddah, tukar sekitar RM100 ke Riyal sebagai bekalan untuk membeli makanan di perjalanan ke Mekah/Madinah.
·        Bagi perjalanan transit untuk ke Jeddah, tukar sekitar RM50 ke Riyal dan RM50 ke USD bagi tujuan yang sama seperti diatas.
·        Bawa sedikit bekalan minuman dari KLIA. Cecair lebih dari 100ml akan di PAKSA tinggalkan, jadi bersederhanalah.
·        Selipar murah, nipis dan berbelon.
·        Jika ada mambawa lips glow, ingat JANGAN ‘ter’guna ketika dalam ihram.
·        Lotion muka jenis Vaselin, Lotion badan, Krim kaki & cermin mata hitam!
·        Jubah; beli di Madinah/Mekah … banyak pilihan dan murah.
·        Plug point untuk cas kamera atau handphone.
·        Kain perca, sebagai penanda air zam-zam dan selipar.
·        Cara mengikat kain umrah yang selesa …
·        Lampu suluh, jika ada rancangan untuk memanjat Jabal Thur dan Jabal Nur.
·        Solat jamak bergantung pada jadual penerbangan tetapi jangan lupa niat musafir dan solat musafir.
·        Jadual penerbangan, bergantung kepada permintaan domestic dan antarabangsa. Tempat duduk seperti yang tercatat di tiket penerbangan
·        Sabun membasuh baju dan berus.
·        Sabun mandi atau sampoo mandian. Tidak digalakkan menggunkan sabun/sampoo badan ketika mandi kerana ianya boleh mengatalkan kulit disebabkan oleh kulit yang kering.
·        Tali dan hanger murah untuk menyidai baju yang telah di basuh.
·        Spare beg untuk beg tambahan pulang (beg beranak)
·        Pakaian nipis dan tidak terlalu tebal untuk lelaki. Manakala jubah nipis (yang banyak lapis) untuk wanita.
·        Kamera/Camcoder; bukannya barang terlarang. Ianya adalah dibenarkan kecuali pada tempat-tempat tertentu seperti di dalam Masjid Nabawi dan di dalam Masjidil Haram. Walau bagaimanapun, kamera handphone adalah dibenarkan tetapi hati-hati sajalah – takut-takut kena rampas!
·        Persediaan beriktikaf. Bawa buku-buku agama contohnya kisah para auliya’ , anbiya’, sirah, selawat nabi dsb. Jangan lupa buku doa …
·        Umrah ialah ibadah yang memerlukan kekuatan fisikal. Dari itu bawa minyak urut panas atau gamat untuk keselesaan mengerjakan ibadah di sana. Vitamin-C atau Tang Oren eloklah dibawa sebagai minuman penambah tenaga.
·        Keperluan wanita
a.   Baju/seluar putih … hati-hati kerana kenipisannya yang menampakan pakaian dalam
b.   Solat/ihram – cari telekung yang khusus untuk ihram, tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Lebih mudah memakai seluar (tidak ketat ya!) dari kain telekung ataupun baju kurung.
c.   Seluar dalam – 5 helai
d.   Baju dalam – 4 helai
e.   Bawa banyak panty liner kerana ianya membantu ketika batuk-batuk disebabkan faktor alahan kepada cuaca.
f.   Pad untuk masalah biasa. Selalunya ianya datang kurang lebih 5 hari. Pelik tapi selalunya benar – Rahmat Allah untuk tetamunya.

 MasalahWanita

·        Ketika naik teksi, pastikan wanita naik kemudian dan turun awal terutamanya di Mekah.
·        Sedikit reben dan pin – sebagai tanda kumpulan.
·        Karung selipar. Untuk disimpan selipar. Ada dijual di Maiden. Biji tasbih 7 biji ada dijual juga di sana bagi tujuan kiraan tawaf.
·        Ubatan. Ubat batuk, demam dan selsema akan dibekalkan oleh syarikat. Tetapi ubat yang lain (keperluan sendiri) WAJIBlah dibeli sendiri. Yang dicadangkan sebagai tambahan adalah ubat cirit-birit (pil chi Kit Teck Aun), ubat angin (pil Actal)
·        Handphone untuk menghubungi sank-saudara;
a.   Roaming. 1 minit panggilan RM6 samada membuat atau menerima panggilan.
b.   Beli SIM kad di Arab Saudi. 1 minit panggilan RM3/minit siang dan RM1.5/minit malam. Manakala SMS RM0.50 sen/sms. Terima panggilan – percuma. SIM kad ini laku untuk tempoh 3 bulan.
c.   Beli kad phone Telekom Malaysia samada i-Talk mobile kad atau Ring-Ring kad. Caj membuat panggilan ialah RM1.80 seminit tidak termasuk caj memanggil operator di Malaysia 1-800-60 atau 1-800-69. ini adalah apabila kita menggunakan Public Phone atau Talian tetap Hotel. Caj roaming akan dikenakan jika menggunakan handphone.
02FnBd.   Paling murah, gunakan SMS sahaja.





.....

Thursday, January 9, 2014

02. MAKANAN, AIR DAN LAUNDRY

03FlightGo
·        Buku Umrah mengandungi tips-tips dari ustaz yang berpengalaman. Dapatkan senaskah sekarang!!! Pergi dengan ilmu, Kembali dengan tenang. Insyallah umrah mabrur.
·        Kontrak umrah selalunya bermula setelah para jemaah chek-in di lapangan terbang berlepas antarabangsa sehingga sampai kembali ke tanah air.
·        Permulaan adalah dengan makanan dan minuman di atas kapal terbang ketika berlepas ke Jedah/Madinah sehingga sewaktu pulang ke tanah air.
·        Setibanya di Jedah/Madinah dan sehingga tarikh pulang ke tanahair, bekalan makanan dan minuman tiga kali sehari adalah diatas syarikat urusan pengendali umrah.
·        Selalunya waktu makan di Madinah dan di Mekah adalah seperti berikut;
a.   Makan pagi; setelah solat subuh.
b.   Makan tengahari; setelah solat zohor.
c.   Makan malam; selepas sembahyang isyak
·        Bagi pengemar puasa sunat, sila aturkan waktu untuk bersahur dan berbuka anda sendiri. Makanan berbuka puasa ada juga disediakan di dalam Masjid – bergantung kepada rezeki masing-masing.
·        Laundry dikedai dobi adalah dalam kiraan helai dan bukannya timbang seperti di Malaysia.
·        Laundry persendirian, ada yang diuruskan oleh pembekal makanan pakej dan juga mutawif. Selalunya jauh lebih murah.
·        Air mandi di Jeddah, Mekah dan Madinah adalah sedikit panas dari air mandi di tanah air. Air mandian ini adalah yang diproses dari air laut.
·        Walaupun boleh dikatakan tiada bau badan disebabkan oleh peluh tetapi jemaah dinasihatkan untuk mandi sekerap mungkin bagi mengelakan kotoran peluh yang melekatkan dibadan menjadi pemangkin untuk kulit supaya cepat gatal.
03FlightGo



....

Wednesday, January 8, 2014

03. PENERBANGAN PERGI.

04LandingKaaia

·        Jika berlepas pagi, sempat solat jama’ ta’akhir di Madinah/Jeddah/Transit
·        Jika berlepas tengahari, solat jama’ ta’akhir di di dalam penerbangan.
·        Jika berlepas petang, sempat solat jama’ ta’akhir di Madinah/Jeddah/Transit. Tetapi adalah lebih afdhal jika menyelesaikannya di tempat kita mendengar azan yang pertama. Lagi pula ini adalah bagi mengelakkan masalah yang tidak terjangka disebabkan oleh transit yang lama.
·        Penerbangan terus mengambil masa sekitar 8 jam. Jika penerbangan transit boleh menjangkau sekitar 18 jam.
·        Walaupun dikatakan penerbangan saudi adalah penerbangan terus, tetapi kadang-kadang penerbangan ini ada singgah di Dammam atau di Riyad bagi menurun/mengambil penumpang arab. Tetapi jika MAS ianya adalah penerbangan terus ke Jeddah.
·        Perbezaan masa “GMT” antara Arab Saudi dan Malaysia memanjangkan usia kita selama “5 jam”.
 Renungan

.
.
04LandingKaaia.
.
.

.....

Thursday, January 2, 2014

04. SEBAIK SAHAJA MENDARAT DI KAAIA, Jeddah

05atKaaia


 ·        Buku Umrah mengandungi tips-tips dari ustaz yang berpengalaman. Dapatkan senaskah sekarang!!! Pergi dengan ilmu, Kembali dengan tenang. Insyallah umrah mabrur.
·       Jangan simpan tisu wangi dari penerbangan – tinggalkan ia!! Kerana apa? Kerap kali jemaah terlupa ketika dalam ihram, jemaah akan menggunakan tisu yang seperti ini untuk mencuci tangan. Sedangkan tisu ini mengandungi bahan wangian (bahaya ketika sedang dalam ihram). Jadi tinggalkan aje lah ...
·        Sebaik saja keluar dari kapal terbang; beri salam pada Rasullullah dan berdoalah supaya kita serta para tetamu Allah yang lain “aman” dalam ibadah umrah mereka dan juga sewaktu di Tanah Haram.
·        Jaga niat, berlatihlah jaga mulut, jaga tingkah laku, jaga mata, jaga semuanya. INGAT anda akan berada ditanah haram tidak lama lagi. Latihan keperibadiaan bermula sekarang!
·        Orang jahil, akan mendahulukan kata-kata dari berfikir. Manakala orang bijak berfikir dahulu sebelum berkata.
·        Sebagai makluman, Tanah Haram ada dua iaitu di Madinah dan Mekah. Perkara yang tidak boleh doilakukan adalah seperti membunuh binatang jinak, mencabut tumbuhan, membawa pulang batu/pasir dan sebagainya. Yang dibolehkan di Mekah tetapi tidak di Madinah adalah solat sunat tidak kira waktu – disitu saja perbezaannya.

 TIPS

05atKaaia
.
.
.
.
.....