·
Ziarah
Dalam; Masjid Nabawi, Makam Nabi, Ar-Raudah, Jannatul Baqi.
Selainnya dipanggil ziarah luar.
·
Masjid Nabawi. Keluasan asal
adalah 1500 meter persegi yang sekarang ini dipanggil Raudah. Penambahan
keluasan yang pertama kepada 2500 meter persegi dilakukan pada 7H sekembalinya
baginda dari peperangan Khaibar yang sekarang ini ditanda dengan tiang yang berwarna hijau. Selepas
dari itu Masjid ini terus diperluaskan dizaman Abu Bakar r.a., Umar Al Khattanb
r.a., Uthman bin Affan r.a. sehingga ke zaman Raja Saud. Mengikut catatan
sejarah ada 9 zaman pemerintahan yang setiap satunya melakukan perluasan masjid
ini. Masjid ini turut dikenali dengan 10 menara. Orang ramai akan bersolat
didalam masjid tatakala musim panas manakala sebaliknya ketika musim sejuk
untuk mendapatkan haba matahari.
·
Masjid
Quba. Lebih kurang 4.8km dari Masjid Nabawi.
Dalam Al Quran masjid ini disebut Masjid At-Taqwa (Surah At-Taubah:108).
Masjid pertama yang dibina oleh Nabi dan para sahabat. Masjid Quba, sejak masa Rasulullah, Quba merupakan wilayah
perkebunan kurma (dari itu membeli kurma di sini adalah
‘fresh’ dan lebih murah dari di pasar kurma). Saat hijrah dari Mekah pada tahun
621M, Rasulullah bersama Abu Bakar singgah beberapa hari lebih dahulu di
perkampungan ini sebelum masuk kota
Madinah. Di sini Rasulullah
mendirikan masjid yang pertama yang dibina atas dasar taqwa. Rasulullah melazimi ke masjid ini pada setiap
Sabtu. Riwayat (Ahmad, An-Nisaai, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah) yang mengatakan
bahawa Rasulullah bersabda jika kita ke tempat ini dalam keadaan berwuduk dari
rumah (hotel) dan mengerjakan solat sunat tahiyatul masjid, maka pahalanya
menyamai pahala umrah. 25
minit perjalanan dari hotel.
·
Masjid
Juma’at. Berkedudukan seberang jalan dari Masjid Quba. Setelah berkampung di
Quba selama 4 hari baginda menuju ke Madinah, ketika tiba
di kawasan ini masuk waktu solat jumaat lalu baginda pun terus mengerjakan
solat Jumaat.
·
Kurma. Kedai kurma (pasar); kurang
kualiti dan di ladang kurma (Masjid Quba) ; berkualiti. Kedai kurma
(pasar) selalunya disusun diakhir lawatan sebelum berangkat ke Mekah pada hari
yang sama. Bermacam-macam jenis kurma dijual di tempat ini. Kurma-kurma ini
dipetik sekali dalam setahun iaitu dalam bulan July~Ogos. Antara nama-nama
kurma yang masyhur adalah kurma hidup (muda), rutab, sukari, ambar (madani) dan
kurma ajwa (nabi). Jemaah boleh merasa sepuasnya secara percuma. Tapi masa yang
diperuntukan selalunya tidak lebih dari ½ jam – jadi hati-hati jangan terlalu
khusuk!!!. Kurma yang paling mahal harganya adalah kurma ajwa (Gred A rm100
sekilo). Kurma muda diletakkan untuk jualan didalam peti ais – sampai di Mekah,
simpan kembali di peti ais (ditempat sejuk-beku) untuk mengekalkan keasliannya
bila tiba di tanah air. Kurma ambar
rm60 sekilo. Perbezaan harga kurma diantara pasar dan lading kurma adalah
sekitar SR10 sekilo.
·
Masjid Qiblataini. Inilah
masjid dua kiblat. Tempat dimana wahyu pertukaran
kiblat umat Islam diturunkan. Masjid ini mempunyai dua mihrab; satu ke arah
Masjidil Haram, dan satu lagi ke Masjidil Aqsa. Pada tahun kedua di Madinah,
Rasul dan para sahabat datang menghibur seorang janda tua yang baru mengalami
musibah. Rasulullah solat zuhur di sana .
Ketika itu, setiap solat menghadap ke Baitul Maqdis di utara. Di tengah solat,
tiba-tiba turun Surat Al-Baqarah ayat 143, yang memerintahkan Rasul ganti
menghadap Kaabah di Mekah atau arah selatan dari Madinah. Saat itu juga, Rasul
mengubah arah solatnya dari Baitul Maqdis ke Kaabah.
·
Bukit Uhud. Lebih kurang 12km dari
Masjid Nabawi. Disini adalah banjaran terbesar di Madinah dan bukitnya berwarna
ke merah-merahan (bukit lain warna hitam kekuningan). Di situ terletaknya kubur
Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib r.a. (penghulu sekelian syuhada), Saidina
Abdullah bin Jasyh r.a. dan Saidina Mus’ab bin Umair r.a. Bukit ini pernah
bergoncang ketika Rasulullah s.a.w. bersolat di belakangnya. Di tempat ini, di
luar kota Madinah ini, aroma perang sengit antara 700 Muslim dan sekitar 3000
pasukan Kafir Quraisy masih terasa dibulan Ramadhan. Peristiwa itu terjadi pada tahun ke-5H. Pasukan Islam
sempat menang, namun kerana banyak yang berebut harta jarahan, kemudian
diserang balik. 34 tentera mukmin terbunuh manakala orang kafir sebanyak 70
orang. Hamzah Haz – bapa saudara Rasulullah - syahid. Jantungnya dimakan
mentah-mentah oleh Hindun, istri Abu Sofyan. Rasul terluka akibat lemparan
baru. Dua lempeng baja pelindung kepalanya menghunjam pipi, dan membuat gigi
Rasul tanggal. Hamzah - bapa saudara Rasulullah dimakamkan di kaki bukit Uhud
itu.
·
Masjid Al Ghamamah. Masjid yang
mula-mula ditemui dalam perjalanan ke Madinatul Munawarah dari arah Jeddah.
·
Masjid Asy-Syams. Masjid kecil yang
dibina berhampiran Masjid Quba. Letaknya di tanah tinggi.
·
Bukit Magnet. Dari Kota Medinah,
sekitar 40 km menuju arah Kota Tabuk. Kadar tambang teksi untuk ke tempat ini
tergantung dari kira-bicara dengan teksi. Biasanya 100 hingga 400 riyal. Jabal
Magnet berada di luar daerah haram, sehingga bebas dikunjungi warga nonmuslim.
Panjangnya ialah 4km dan kenderaan boleh bergerak sekitar 20 km sejam hingga ke
120 km sejam tanpa pemanduan. Subahanallah.
·
Masjid Khomsah. Maknanya lima. Diperuntukan
bagi 5 orang sahabat nabi. Di daerah Khandak ini terdapat 5 buah masjid iaitu
Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Masjid Umar Al-Khattab, Masjid Ali bin Abi Thalib,
Masjid Salman Al-Farisi dan Masjid Al-Fath.
·
Khandak. Khandaq bererti parit. Pada
tahun ke-6H, sekitar 10 ribu tentara Quraisy Mekah dan Ghatafan mengepung
Madinah. Salman Al-Farisi, sahabat Rasul yang berasal dari Parsi, mengusulkan
pembuatan parit lebar yang tak dapat dilompati kuda untuk bertahan. Kaum
Muslimin dalam kelaparan kerena dikhianati Yahudi Bani Quraiza. Rasullullah
memimpin warga Madinah dari khemah merahnya yang didirikan di bukit di ujung
parit. Di bukit itu Rasul berdiri hingga tiga hari untuk berdoa sambil
menggigil kedinginan. Allah makbulkan doa kekasihnya menyebabkan musuh tunggang-langgang
setelah badai dingin yang sangat dahsyat menerpa mereka.
·
Masjid Al Fath/Al-Ala/Al-Ahzab.
Rasulullah s.a.w. bersolat selama tiga hari berturut-turut di dalam
masjid ini sehingga menerima berita turunnya Surah Al-Fath. Masjid Tujuh berada
di sekitar masjid ini.
No comments:
Post a Comment