Blog ini memcangkupi segala aspek umrah dari pemilihan agen umrah, menjadi agen umrah, belajar bab umrah, soal jawab umarah dan sebagainya ... insyallah

  • Breaking News

    Wednesday, November 20, 2013

    25. ZIARAH DI LUAR KOTA MEKAH

    26UMekah


    ·        Ziarah luar adalah pergerakkan ke selatan.
    ·       
    Jabal Thur. 5km jauhnya dari Mekah. Tempat dimana persembunyian Rasulullah s.a.w. bersama-sama Abu Bakar r.a selama tiga hari sebelum berangkat ke Madinah. Untuk sampai ke puncak anda perlu mendaki selama lebih kurang 2 ½ jam. Perhatikan akan batu-batu yang terpacak sebagai bukti perlindungan yang Allah berikan kepada kekasihNya – Nabi Muhammad! Asma Abu Bakar, Saidina Ali, Abu Bakar dan Rasulullah adalah yang terlibat secara terus dengan peristiwa ini. 15 minit perjalanan dari Kota Mekah.
    ·        Arafah. Padang pasir tandus gersang,terletak 12km dari Mekah. Padang Arafah mempunyai 2 bahagian, satu tanah halal dan sebahagian lagi adalah tanah haram. Pada tanggal 9 Zulhijah, seluruh jemaah berkumpul dalam khemah-khemah (tanah halal) dengan berpakaian ihram. Ibadah wuquf inilah yang tiang utama ibadah haji. Pemerintah Saudi telah menanam ribuan pohon di dataran ini agar tidak terlampau gersang. Di sinilah Rasulullah menyampaikan amanat terakhir baginda dalam khutbah ringkas yang sangat padat dan menggegarkan sahabat-sahabat baginda di Lembah Uranah.
    ·        Ringkasnya khutubah itu menyuruh kita memelihara hubungan baik sesama manusia dan suami/isteri, berwaspada terhadap tipu daya syaitan, menegakkan Rukun Islam dalam diri dan berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah baginda.
    ·        Dari pandangan ulama tauhid; inilah padang dimana manusia menemui ma’rifah tentang kebesaran “ALLAH” juga hakikat tentang kemanusiaan iaitu pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah keluar dari Syurga dan akhir perjalanan hidupnya.
    ·       
    Jabal Rahmah. Di Arafah terdapat Jabal Rahmah -sebuah bukit yang menurut cerita setempat menjadi tempat pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa. Jangan berkiblatkan Jabal Rahmah ketika berdoa sebaliknya menghadaplah ke arah kiblat.
    ·       
    Masjid Namirah.  Berada di dalam kawasan Arafah. Juga terletak sebahagiannya di tanah halal dan sebahagian yang lai di tanah haram. Masjid ini mempunyai 6 menara dan di buka sekali dalam setahun iaitu saat hari haji tiba pada 9 Zulhijah. Di hari ini, Rasulullah dari Mina berhenti di tempat ini. Sekitar waktu dhuha tersebut beliau beristirahat di khemah merah baginda sampai tiba waktu zohor. Setelah itu, Rasulullah baru bergerak ke tengah padang Arafah dekat Jabal Rahmah. Di tempat khemah Rasulullah tersebut, kini dibangun Masjid Namirah.
    ·        Muzdalifah. Tempat ini berada di antara Arafah dan Mina. Ketika siang berganti malam, Rasul bergerak dari Arafah ke Mina. Namun kemudian Rasul bermalam di Muzdalifah. Di situ pula Rasul memungut kerikil yang dipakainya untuk melempar jumrah di Mina. Sebuah masjid di sini, Masjid Masyarilharam, dibuka hanya pada masa raya haji iaitu 10 Zulhijah.
    ·        Mina. Letaknya kira-kira 7km dari Mekah. 30 minit perjalanan. Di tempat ini terdapat tiga lokasi yang menjadi simbol agar setiap muslim terus melawan setan. Nabi Ibrahim tiga kali dicegah oleh iblis yang memujuk agar dirinya tidak mengorbankan Ismail. Ibrahim lalu melempar iblis dengan kerikil. Tiga tempat itu lalu dikenal sebagai Jumrah Syurgha, Jumra Wustho, dan Jumrah Aqaba. Rasulullah memberi contoh melemparkan masing-masing tujuh kerikil di tiga jumrah tersebut. Pelemparan dilakukan dari lantai bawah maupun di atas. Tempat ini sangat padat pada tanggal 11,12 dan 13 Zulhijah. Masjid Khuf adalah masjid tertua di Mina. Hadis nabi; “di masjid ini pernah bersolat di dalamnya 70 orang Nabi – antaranya Nabi Musa”.
    ·        Jabal Thubir. Berdekatan dengan Mina. Dibukit ini Nabi Ibrahim a.s. diperintahkan untuk mengorbankan putera baginda Nabi Ismail a.s.
    ·        Jarannah. Letaknya kira-kira 16km dari Mekah (luar tanah haram). Disinilah tempat miqat umrah bagi yang mahu mengulangi umrahnya.
    ·       
    Jabal Nur (Gua Hira’). 6km jauhnya dari Mekah. Untuk sampai ke puncak ini anda perlu mendaki selama lebih kurang 1 ½ jam. Tips untuk cepat sampai di puncak: apabila sampai di kaki bukit, beri salam kepada Nabi s.a.w. dan ketika mendaki, sematkan di dalam hati selawat yang tidak putus ke atas nabi kekasih pilihan. Dekat puncak, di lereng yang menghadap lembah Mekah, terdapat gua. Tempat indah inilah yang dipilih Nabi Muhammad untuk menyepi atau berkhalwat dan berdoa selama 16 bulan. Nabi Muhammad menerima wahyu pertamanya, Surat Al-'Alaq' 1-5, di gua ini ketika berusia 40 tahun. Malaikat Jibril menjumpainya di sana. Iqra (Bacalah..), demikian ayat pertama yang diajarkan.
    ·      
      Perkuburan Ma’la. Di sini terletak makam Saiyidatina Khadijah binti Khuwailid, Saiyidina Abdullah bin Zibair serta bondanya Asma’ binti Abu Bakar dan kubur Bani Hasyim. Dari Imam Ahmad diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, Rasulullah pernah bersabda bahawa sebaik-baik perkuburan adalah perkuburan yang ini.
    26UMekah
    .
    .
    .
    .
    .
    .....

    No comments:

    Post a Comment

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?
    klik untuk maklumat lanjut

    Popular Posts