Blog ini memcangkupi segala aspek umrah dari pemilihan agen umrah, menjadi agen umrah, belajar bab umrah, soal jawab umarah dan sebagainya ... insyallah

  • Breaking News

    Wednesday, November 20, 2013

    24. ZIARAH DALAM MEKAH




    ·       
    25ZiarahMekahL
    Masjidil Haram. Mempunyai 9 menara. Di dalamnya terletak sebua
    h bangunan yang suci iaitu Kaabah. Apabila Abi Dzar bertanya kepada Rasulullah masjid manakah yang mula-mula di dirikan di muka bumi, maka jawab baginda adalah Masjidil Haram dan kemudian Masjidil Aqsa. Manakala jarak pembinaan diantara keduanya adalah empat puluh tahun
    ·        Kaabah. Tempat ini juga disebut rumah Allah (Baitullah) -tempat yang menjadi simbol penyembahan. Kaabah dibangun oleh Nabi Ibrahim. Kemudian orang-orang Quraisy menempatkan ratusan patung di sekitarnya. Patung-patung itu dihancurkan, saat penaklukan Mekah oleh Rasulullah.  Ketika Nabi Muhammad masih muda, Kaabah nyaris hancur kerana terkena banjir. Masyarakat Quraisy membongkar Kaabah tersebut dan membangunnya kembali. Saat itulah Nabi Muhammad dipuji semua golongan kerana berjaya menghindarkan perselisihan antar kabilah yang berebut untuk mengangkat Hajar Aswad. (lihat: Sirah Nabi Muhammad).
    ·        Kiblat? Jabir bin Abdullah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. memasuki Kaabah lalu keluar darinya kemudian baginda menepuk Kaabah dengan tangan baginda seraya bersabda, “Inilah kiblat, inilah kiblat, inilah kiblat”.

    susunaturMekah

    ·        Safa-Marwah. Mulanya adalah dua puncak bukit batu berjarak sekitar 700 meter, yang berada di samping Kaabah. Antara kedua bukit itulah Siti Hajar; isteri Nabi Ibrahim, diyakini berlari berulang-alik untuk mencari air. Di gurun, tanda adanya air adalah melalui dengan kedatangan burung-burung. Hal demikian dapat dilihat dari puncak bukit. Kini bukit Safa dan Marwah telah menjadi sebahagian dari Masjidil Haram. Berjalan di antara kedua tersebut (Saie) merupakan kewajiban untuk menunaikan ibadah haji atau umrah. Kini bukit-bukit tersebut telah diratakan bagi mengelakkan jemaah haji/umrah berebut-rebut mendaki diatasnya.
    ·        Sumber Air Zam-Zam. Ini sumber air yang ditemukan Siti Hajar ketika Ismail kehausan. Sumber ini sempat kering dan bahkan dilupakan keberadaannya. Abdul Muthalib, bapa saudara Rasulullah, berjaya menemukan semula telaga ini. Sekarang, sumber air itu dibangun di bawah lantai tempat tawaf. Pemerintah Saudi menyalurkanya dalam bekas-bekas dengan ais batu. Jemaah tak perlu sibuk mengambil air zamzam untuk dibawa pulang, kerana pengurus umrah telah menyiapkannya dalam bekas-bekas tertentu sebagai hadiah. Jika mahu membuat tambahan, beli sendiri bekas air ini di tempat mengambil air zamzam.
    ·        Maqam Ibrahim. Ini bukan makam (kubur) sebenar Nabi Ibrahim, kerana Rasul itu dikuburkan di Hebron - Palestina. Dipanggil makam kerana di sini terletaknya bekas tapak kaki Nabi Ibrahim ketika membangun Kaabah dibantu oleh Nabi Ismail. Mengikut riwayat, Nabi Ibrahim perpijak di atas batu ini untuk menyiapkan binaan di bahagian atas Kaabah.
    ·        Makam 99 orang nabi. Abdullah bin Dhumrah As-Saluly mengatakan bahawa di antara Maqam Ibrahim dan Rukun Hajar Aswad hingga ke tapak telaga zamzam, terdapat makam ini. Mereka datang untuk mengerjakan ibadah haji, kemudian wafat dan mereka dikuburkan di situ (Al-Azraqy).
    ·        Maulidin Nabawi. Tapak rumah Rasulullah yang sekarang ini dikenali sebagai “Maktabah Makkah” dibawah jagaan Kementerian Haji dan Wakaf.
    ·        Maulid Fatimah. Tapak rumah Siti Khadijah. Terletak di lorong Zuqaqul Saghah. Rasulullah pernah tinggal dirumah ini bersama Siti Khadijah.
    ·        Dar As Sufian. Terletak di antara rumah kelahiran nabi dan bukti Safa-Marwah. Sekarang ini adalah tanah lapang. Rasulullah pernah bersabda, sesiapa yang pernah masuk ke rumah Abu Sufian maka orang itu akan diberi keamanan, dan sesiapa memasuki Masjidil Haram, maka ia akan di beri keamanan.
    ·        Masjid Jin. Nama lain Masjid Baiaah. Berdekatan dengan Kubur Ma’la. Rasulullah s.a.w. pernah membaiaah sekumpulan jin di tempat tapak ini.
    ·        Masjid Al-Rayah. Dikenali Masjid Kuching. Jauhnya dari Masjidil Haram ialah 1 ¼ km.
    ·        Tan’im. Letaknya kira-kira 6km dari Mekah (luar tanah haram). Tempat miqat ialah di Masjid Siti Aisyah.
    .

    .
    25ZiarahMekahL
    .
    .
    .
    .....

    No comments:

    Post a Comment

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?
    klik untuk maklumat lanjut

    Popular Posts