Blog ini memcangkupi segala aspek umrah dari pemilihan agen umrah, menjadi agen umrah, belajar bab umrah, soal jawab umarah dan sebagainya ... insyallah

  • Breaking News

    Wednesday, November 13, 2013

    29. BERANGKAT PULANG

    ·        Jangan lupa Tawaf Wida’ dan larangannya.
    ·        Sekiranya para jemaah telah menunaikan Tawaf Wida’ dan dikehendaki kembali semula ke Mekah atas alasan yang tidak dapat dielakkan, tidak perlu para jemaah berihram kembali kerana memasuki Mekah dan tiada dam yang dikenakan. Sebaliknya, apabila para jemaah hendak meninggalkan Mekah kembali, perlulah mengulangi Tawaf Wida’ ini.
    ·        Pastikan TIADA pasir, batu, serangga maupun tumbuh-tumbuhan yang dibawa pulang.
    ·        Selalunya, wakil syarikat atau Muttawif akan meminta para tetamu Allah bertolak ke Jeddah 6 jam lebih awal dari waktu berlepas sebenar. Ini bagi mengelakkan ke kelamkabutaan semasa check-in.


    laluan

    ·        Pada hari selain Ahad, penerbangan Saudi Air akan menggunakan Lapangan Terbang Jeddah. Tempoh perjalanan ke Jedah selalunya sekitar 45 minit atau 1 jam – sekiranya bertolak dari Mekah.
    ·        Bila sampai di airport, setiap tong air zamzam akan dibungkus secara berasingan.
    ·        Botol air 500ml kosong hendaklah dibawa menaiki pesawat untuk keperluan beristinjak dan berwuduk.
    ·        Sentiasa ingat tentang solat jamak semasa dalam penerbangan pulang kerana perjalanan pulang sentiasa pendek tempoh waktu solat berbanding waktu pergi.



    ·        Tempoh penerbangan terus ke KUL sekitar 8 jam. Manakala penerbangan transit sekitar 15 ~ 20 jam bergantung kepada tempoh transit.
    ·        Perbezaan masa “GMT” antara Malaysia dan Arab Saudi memendekkan kem bali usia kita selama “5 jam”.
    ·        Selalunya pada penerbangan balik selalunya kita akan menempuh 3 waktu solat. AWAS! Jika solat subuh di dalam penerbangan, para jemaah hanya mempunyai tempoh sekitar 20 minit diantara waktu subuh dan waktu syuruk. Solat-solat lain aman!

    .
    .
    .
    30Kecemasan


    No comments:

    Post a Comment

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?
    klik untuk maklumat lanjut

    Popular Posts