Blog ini memcangkupi segala aspek umrah dari pemilihan agen umrah, menjadi agen umrah, belajar bab umrah, soal jawab umarah dan sebagainya ... insyallah

  • Wednesday, November 13, 2013

    28. LAIN-LAIN HAL


    29Pulang




    ยท        Sekiranya para jemaah ada keperluan untuk keluar dari Mekah menuju ke Madinah/Jeddah dan kembali semula ke Mekah, para jemaah tidak perlu untuk berihram kembali. Tetapi sekiranya para jemaah mahu mengerjakan kembali umrah tiada salahnya. Sekiranya para jemaah tidak mahu mengerjakan umrah pun tidak mengapa. Tiada Tawaf Qudum yang diwajibkan keatas para jemaah sepertimana yang diwajibkan keatas jemaah haji.
    ยท        Beriktikaf didalam masjid dalam keadaan duduk adalah dibenarkan. Al-quran tafsir Melayu juga ada di sana.
    ยท        Beriktikaf didalam masjid dalam keadaan berbaring akan diganggu. Jika melakukan juga, penjaga dalam masjid akan sentiasa datang menggangu sehingga kita bangun. Walau bagaimanapun, dalam pemerhatian saya, mereka yang sedang dalam berihram adalah kurang diganggu sekiranya berbaring.
    ยท        Tukaran matawang kepada Riyal, setiap hari tanya money changer untuk mendapat kelebihan ringgit. Contohnya jika ditukar di Malaysia RM100 ร  SR 98, tetapi jika di Saudi pada hari-hari tertentu mungkin RM100 ร  SR 103.
    ยท        Di Tanahair, jika kita tukar SR kepada RM, kita rugi banyak. Lebih kurang SR100 ร  RM60
    ยท        Selalunya ziarah di Mekah seperti Kilang cetakan Al-Quran, Ladang Unta, Muzium, Masjid Hudaibiah adalah ziarah tambahan dan jika para tetamu Allah minta akan dikenakan caj tambahan (bergantung kepada jumlah jemaah yang menyertai)
    ยท        Polis (Baladiah) di dalam masjid selalunya berpakaian seragam manakala โ€œmata-mataโ€ akan berpakaian jubah dan bertudung petak merah-putih.
    ยท        Di Mekah tempat membeli buah tangan adalah di pasar Zink terletak di Jalan Al-Gudaria.
    ยท        Jika ada terlibat dengan apa-apa urusan dengan orang Arab dan para jemaah tidak berpuas hati dengannya maka katakanlah di depan mereka dengan perkataan berikut;
    รณร‚ A รฒj@@รฒY , รณร‚Aรฒj@@รฒZ@รด@ยป A รฒf@รด@ร„@@รธยง
    Disisi Masjidil Haram adalah haram.
    tayamum
    SolatJenazah


    29Pulang
    .
    .
    .
    .
    .

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?
    klik untuk maklumat lanjut

    Post Comments

    No comments:

    Post a Comment

    Popular Posts