· Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah di miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari ihramnya dengan bercukur atau bergunting.
· Buku Umrah mengandungi tips-tips dari ustaz yang berpengalaman. Dapatkan senaskah sekarang!!! Pergi dengan ilmu, Kembali dengan tenang. Insyallah umrah mabrur.
·
Hukum umrah,
fardhu 'ain, atas tiap2 lelaki atau perempuan, sekali seumur hidup, seperti
haji.
·
Mempunyai 5 rukun dan 3
wajib.
·
5 rukun adalah
a.
Ihram
- mengenakan pakaian ihram dengan niat untuk umrah di Miqat Makani.
b.
Tawaf
- mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali disebut juga sebagai tawaf qudum.
c.
Saie - berjalan atau
berlari-lari kecil antara Safa dan Marwah sebanyak 7 Kali.
d.
Tahlul
– bercukur atau menggunting rambut
·
3
wajib adalah berniat ihram untuk umrah di miqat dan menjaga 13
larangan semasa dalam ihram.
·
Sunat yang lain sebelum
bertolak ke Mekah adalah trim rambut juga misai, potong kuku, kain ihram putih,
berdoa sewaktu umrah, tawaf juga Saie berturut-turut, solat sunat dibelakang
makam ibrahim, meminum air zam-zam, kucup Hajar Aswad dan tahlul dengan
bercukur.
·
Rukun itu adalah sesuatu
perbuatan yang apabila ditinggalkan maka Tidak Sah (Batal) umrahnya. Ia Tidak
Boleh digantikan dengan DAM (denda). Wajib segerakan qada’.
·
Wajib pula adalah sesuatu
perbuatan yang perlu dikerjakan namun sah atau tidak umrahnya bukanlah
bergantung pada perbuatan tersebut kerana jika perbuatan itu ditinggalkan,
boleh digantikan dengan DAM.
·
Fardhu adalah sesuatu amalan
yang wajib, tidak dapat tidak mesti dilakukan. Sekiranya di lakukan akan
mendapat pahala, dan jika diabaikan akan mendapat dosa dan akan disiksa pada hari akhirat sekiranya tidak bertaubat. Fardhu ada dua jenis;
a.
Fardhu ‘Ain ialah ilmu yang wajib dipelajari dan
diamalkan oleh setiap orang Islam yang baligh dan berakal. Ia merupakan
tanggungjawab individu. Sebelum dia mengerjakannya, kekal wajib bagi dia untuk melakukannya.
Contohnya adalah seperti mengerjakan solat lima waktu dalam sehari semalam.
b.
Fardu Kifayah merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh sesebuah komuniti orang islam
yang baligh dan berakal. Tidak perlu setiap orang membuatnya, tetapi sekiranya
dilakukan oleh segolongan daripada mereka, maka lepaslah kewajipan terhadap
yang lainnya. Contohnya adalah seperti menyembahyangkan jenazah, mempelajari
ilmu tauhid.
·
Serba sedikit mengenai miqat;
a.
Miqat
makani ialah tempat kita menunaikan niat.
b.
Miqat
makani bagi haji/umrah untuk orang yang datang dari jauh ialah 5 tempat menurut
arah daerah masing-masing. Tempat-tempat itu tersebut dalam hadis Nabi s.a.w.
Miqat ini juga menjadi miqat umrah mereka.
c.
Miqat
zamani pula ialah masa kita memulakan niat. Miqat zamani bagi
haji ialah mula daripada 1 Syawal hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah.
d.
Orang
yang tinggal di Mekah atau kawasan sekitarnya miqat hajinya ialah tempat
tinggalnya.
e.
Miqat
umrah ialah tanah halal yang terdekat
seperti Taneim, Jeddah atau yang jauh seperti Ja’ranah. Tidak ada miqat zamani bagi amalan umrah.
·
Umrah berniat di tanah halal
dan memasuki tanah haram. Manakala
haji berniat di tanah haram dan pergi ke tanah halal (arafah).
·
Sentiasa
ingat bahawa, jika pergi dalam kumpulan yang besar, ada kemungkinan tetamu
Allah akan tercicir dan terpisah dari tetamu Allah yang lain sewaktu umrah
pertama. Jadi buatlah persiapan awal mengenai ilmu terutamanya pada
rukun umrah, bacaan-bacaan ringkas dan tempat perkumpulan selepas bertahulu –
ini boleh mengurangkan masalah RISAU dan sesat.
No comments:
Post a Comment