Blog ini memcangkupi segala aspek umrah dari pemilihan agen umrah, menjadi agen umrah, belajar bab umrah, soal jawab umarah dan sebagainya ... insyallah

  • Breaking News

    Thursday, December 12, 2013

    18. MASJID BIR ALI




    ·        Suatu ketika dahulu dikenali sebagai Masjid Miqat Dzul Hulai-fah  atau Al Muhrim.
    ·        Penamaan masjid ini disebabkan oleh sebatang pokok yang bernama pokok ”acacia”.
    ·        Rasulullah s.a.w. selalu berteduh di bawah pokok ini ketika dalam perjalanan menunaikan umrah atau haji.
    ·        Ada riwayat menyatakan Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat berhampiran dengan tiang di tengah-tengah masjid.
    ·        Dianjurkan untuk solat di tempat tersebut, namun ini bukanlah solat yang dikhususkan untuk ihram, akan tetapi kerana keutamaan dan keberkatan wadi (lembah) tersebut yang bernama "Wadi 'Aqiq"
    ·        Yang tersebut diatas adalah berdasarkan hadis dari Umar bin al-Khatab a, ia berkata: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. (ketika) berada di "Wadi 'Aqiq" beliau bersabda, ”Telah datang Malaikat kepadaku semalam dari Rabbku, lalu beliau bersabda: Solatlah dilembah yang diberkati ini dan katakan-lah umrah didalam haji”. Dengan kata lain, solat tadi adalah solat sunat biasa dalam keadaan berihram dan bukannya solat sunat ihram!
    ·        Kaum lelaki hendaklah menglafazkan talbiah dengan suara yang sederhana. Manakala kaum wanita dengan suara yang perlahan kerana suara wanita itu adalah aurat.
    ·        Hindarilah talbiah secara bersama-sama (berjemaah), kerana yang demikian itu tidak pernah dicontohkan oleh Nabi s.a.w. dan para sahabatnya radhiyallahu ‘anhum. Perbuatan bertalbiah adalah sunat umrah (kecuali Imam Maliki – wajib).
    ·        Jarak ke Mekah ialah 430km. Perjalanan selalunya mengambil masa lebih kurang 7 jam. Ada beberapa perhentian popular yang selalu digunakan iaitu Wadi Al-Fara’, Wadi Al-Qudait dan Wadi Al-Hammah.


    mekah

    ·        Selepas berniat di masjid Bir Ali, sentiasa awas dengan 13 pantang larang utama. Apa jua perbuatan yang akan kita lakukan sentiasa tanyakan diri, adakah ini melanggari 13 pantang?

    .
    .
    .

    19TibaMekah

    No comments:

    Post a Comment

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?
    klik untuk maklumat lanjut

    Popular Posts