Blog ini memcangkupi segala aspek umrah dari pemilihan agen umrah, menjadi agen umrah, belajar bab umrah, soal jawab umarah dan sebagainya ... insyallah

  • Breaking News

    Tuesday, December 10, 2013

    20. SEMASA DI MEKAH



    ·       
    21Wuduk
    Seperti biasa, perkhidmatan Muttawiff disediakan untuk lawatan ke
    Masjidil Haram dan ke tempat lain. Sentiasa peka dengan jadual yang diberikan.


    PetaMekah

    ·        Ambil kad hotel sebagai simpanan dan panduan untuk pulang ke hotel sekiranya sesat di Mekah selepas bersiar-siar.
    ·        Jika mahu keluar bersiar-siar, tinggalkan kunci bilik di kauter kerana jika kunci tersebut hilang diluar hotel, cajnya adalah sekitar RM200.

    kabaah

    ·        Solat;
    a.   Solat di Masjidil Haram. Adalah sunat jika memandang Kaabah ketika takbiratulikram sahaja. Selebihnya, pandanglah ditempat sujud seperti biasa.
    b.   Solat subuh; azan dua kali iaitu sejam sebelum waktu subuh sebenar
    c.   Solat jumaat; pergi awal selalunya 2 ½ jam sebelum waktu, untuk mendapat tempat yang diingini.
    d.   Solat jenazah; boleh dikatakan ada pada setiap waktu solat. Usunglah jenazah ke keluar dari masjid jika berkesempatan
    e.   Solat sunat yang dianjurkan untuk kita melakukan adalah solat sunat tasbih. Nabi s.a.w. pernah bersabda (ringkasnya), seumur hidup anak adam perlulah melakukan solat ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.


    susunalharamine

    f.   Solat-solat sunat lain; boleh dikerjakan tidak kira waktu – sebab tanah haram.
    ·        Solat Jumaat bagi wanita adalah harus hukumnya. Tetapi bayangkan akan ganjaran 100,000 pahala yang menanti. Riwayat dari Imam Malik, Bukhari dan Muslim, sabda nabi s.a.w, sesungguhnya solat berjemaah adalah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. Ini bersamaan bersolat jumaat di tanahair selama 71 tahun bersolat Jumaat.
    ·        Selipar. Simpan dalam karung supaya senang diuruskan samada ditinggal ditempat kasut atau dibawa bersama ketika beriktikaf di dalam masjid supaya senang kelaur melalui mana-mana pintu.
    ·        Puasa sunat, nikmati berbuka di dalam Masjid secara berjemaah
    ·        Kuliah maghrib, bahasa melayu (orang perak) ada di antara Gate King Malik Fahad dan King Malik Abdul Aziz (berdekatan dengan dataran tawaf) tetapi hati-hati dengan ajaran Wahabiah yang disampaikan.
    ·        Sentiasa ingat nama pintu masuk supaya tidak sesat atau apabila berada di Dataran Tawaf, perhatikan nombor tangga yang terletak dibahagian atas tangga turun ke dataran itu tadi.
    ·        Setiap malam, sebelum tidur, sapu krim pelembut kaki
    ·        Makanan tambahan, umpamanya nasi berani lauk kambing dan kebab senang didapati. Tempat yang dicadangkan adalah di food court dibawah Hotel Sofitel. Tak lupa juga TEH SUSU.
    ·        Pilihan orang Malaysia; minuman ais blender buah tin, ais krim kon yang halus, air buah-buahan original yang dibotolkan.
    ·        Perhatikan orang yang tidak dikenali, selalunya minta sedekah dengan cara yang professional
    ·        Mekah tak pernah sunyi dari kegiatan manusia walaupun kebanyakkan kedai tutup sekitar jam 2 pagi waktu tempatan.
    ·        Gerakkan berkumpulan; contohnya menzirah Jabal Thur dan Jabal Nur hingga ke puncak, boleh diaturkan oleh Muttawif atas permintaan.
    ·        Mesti dibawa pulang, minyak unta, susu unta dan balsum habatusaudah dan halwa.
    ·        Bagi pengemar buku Atlas of the Quran yang dikarang oleh Dr Shauqi Abu Khalil oleh Darussalam publication mengisahkan kisah nabi-nabi dan kaum-kaum berserta dengan peta (lama dan baru) dan gambar-gambar koleksi.
    ·        Kebiasaan setiap kali selepas solat waktu, para tetamu Allah akan menunaikan tawaf sunat sebanyak 7 pusingan.
    ·        Elakkan diri anda dari bersesak dengan manusia serta menyakiti mereka di dalam Tawaf, Saie dan ibadat-ibadat yang lain.
    ·        Elakkan diri anda dari merempuh atau menenyeh wanita di tempat-tempat yang terlalu penuh sesak (seperti Tawaf dan Saie).
    ·        Jangan persoalkan diri anda atau orang lain tentang sebab pekerjaan sebahagian ibadat dan cuba menyerahkan diri anda kepada Allah Taala.

    21Wuduk
    .
    .
    .
    .
    .

    .....

    No comments:

    Post a Comment

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?
    klik untuk maklumat lanjut

    Popular Posts