· Chek-in dan makan tengahari/malam. Muttawif tidak akan membenarkan tetamu Allah berehat lebih dari 2 jam kerana hendak mengelakkan masalah haid bagi tetamu Allah wanita.
·
Sunat
mandi dahulu dan mengenakan pakaian ihram yang bersih. JANGAN sabun, gosok
kepala dan berus gigi melainkan dengan siwak. JANGAN mengenakan wangian kebadan
atau pakaian.
·
Bagi
yang tidak mahu mandi, PASTIKAN agar memperbaharui wuduk sebelum bergerak ke
Masjidil Haram. Ditakuti, wuduk awal terbatal akibat tergerak punggung ketika
dalam perjalanan ke Mekah dalam keadaan tidur.
·
Bagi
yang mahu menyalin kain ihram, sila pastikan kain ihram yang baru tidak berbau
wangi sebelum mengenakan ke badan.
·
Kalau
boleh masuk melalui pintu Bani Syaibah (terletak di antara Bukit Safa dan Bukit
Marwah) untuk mengerjakan tawaf selamat datang (Tawaf Qudum). Ini adalah sunnah
Nabi s.a.w.
·
Apabila
terlihat Kabaah, bacalah doa seperti yang disarankan didalam buku panduan yang
lain. (atau rujuk Muttawif)
·
Ittiba’.
Sunat ini adalah menyilangkan kain bahagian atas ihram ke sisi kanan iaitu
membuka bahu sebelah kanan. Kenapa perlu berittiba’? Ini adalah strategi nabi
untuk menunjukkan kekuatan kepada kaum kafir Qurasih walaupun sebenarnya kaum
Islam lemah kerana keletihan perjalanan jauh. Peristiwa ini berlaku ketika
pertama kali dibenarkan bertawaf di Masjidil Haram pada tahun 7H.
·
Hanya
ketika Tawaf Qudum, tiga pusingan pertama disunatkan berjalan dengan
langkah pendek dan pantas (bagi lelaki sahaja).
·
Solat sunat di belakang Makam
Ibrahim, sepertimana yang dibaca oleh baginda sepotong ayat dari surah Al
Baqarah ayat 125 yang bermaksud, “dan jadikanlah Maqam Ibrahim sebagai tempat
solat.”
·
Selepas tawaf adalah sunat
untuk meminum air zam-zam (secara berdiri) dan siram sebahagian diatas kepala.
·
Dan teruslah ke tempat Saie
bagi melengkapkan umrah dengan tujuh pusingan Safa-Marwah.
·
Bertahlul. Bagi yang tidak
mahu bercukur, cukup sekadar mengunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut
bagi lelaki dan sepanjang satu kerat dari tiga kerat bagi seputung jari bagi
wanita.
No comments:
Post a Comment