Blog ini memcangkupi segala aspek umrah dari pemilihan agen umrah, menjadi agen umrah, belajar bab umrah, soal jawab umarah dan sebagainya ... insyallah

  • Breaking News

    Wednesday, January 15, 2014

    KATA PENGHANTAR


    Mengenai buku ini

    Para tetamu Allah yang di kasihi Allah sekelian;

    Segala puji-pujian bagi Allah, tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w., Rasul junjungan pilihanNya.

    Terpilih kita untuk mengunjungi Rumah Allah yang mulia adalah merupakan rahmat Allah yang cukup besar. Perasaan seronok yang datang berselang-seli dengan gementar cukup untuk merungsing akan keupayaan kita. Tambahan pula, kita selalu disogok-sogokkan dengan cerita-cerita yang aneh yang menimpa tetamu Allah yang telah lepas. Apakah ketulinan iman kita mampu untuk menanggung kifarah yang Allah akan berikan? Kita seolah-olah seakan menuju ke suatu perjalanan yang penuh misteri! Sebenarnya ini adalah suatu fenomina BIASA pada setiap tetamu Allah yang akan menjadi tetamuNya buat pertama kali.

    Tanah Haram bukanlah tempat bagi Allah untuk “membalas dendam” akan kealpaan kita yang telah lalu. Allah itu adalah Zat yang bersifat MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYANYANG. Sayangnya Allah pada kita adalah tidak dapat digambarkan jumlahnya berbanding dengan sayangnya seorang ibu kepada anaknya.

    Kerana itu, penulis terpanggil untuk menyediakan makallah ini. Makallah kecil ini adalah sebagai garis panduan ringkas dan persedian bagi para tetamu Allah untuk sebelum melalui perjalanan umrah. Dengannya mudah-mudahan dapatlah tetamu Allah merancang akan hari-hari yang bakal dilalui kelak. Ianya boleh juga berfungsi sebagai “teman” untuk memberi gambaran awal sebelum setiap perjalanan berikutnya.

    Lazimnya, kifarah disana lebih kepada kealpaan atau kedaifan para tetamu Allah dalam mengendali diri ketika di sana. Ianya terjadi disebabkan oleh sifat “kebiasaan” kita yang telah menjadi amalan sebati sejak berzaman lamanya. Kurangnya persediaan dan pengetahuan yang lebih kurang juga adalah faktor utama pada permasalahan ini.

    Walaupun kursus umrah telah diberikan, namun ianya pasti tidak dapat meliputi semua perkara dalam masa yang terhad. Jika boleh semuanya mahu dikongsikan, tetapi adalah mustahil pengajar dapat berbuat sedemikian. Persoalan-persoalan yang “biasa” pula selalu diajukan ketika kursus. Kealpaan untuk mengenal-pasti permasalahan yang bersesuaian dengan keperluan kita terbatas oleh ketidakupayaan kita “melihat” perjalanan suci itu sebelum berangkat. Ini adalah kelemahan kita yang cukup besar. Lebih besar kesilapan ini apabila kita secara tidak sedar mengiktikadkan ibadah ini sebagai ibadah ikut dan buat. Maka sia-sialah amal perbuatan kita itu tadi – jika dikira dari segi pahala.

    Dari itu mengenal dengan sebenarnya akan tempat apa bakal dituju dan ibadah itu sendiri sepatutnya menjadi tujuan utama kita dalam menghadiri kursus yang dianjurkan. Sebaiknya sebelum menghadiri mana-mana kursus umrah, buatlah sedikit penyelidikan melalui bacaan atau temu-ramah dengan orang yang lebih berpengalaman.

    Semua kita mengimpikan ibadah umrah yang aman di sepanjang jalan.  Bila terjadinya sesuatu kepincangan, kita seolah mahukan Muttawif sentiasa berada di sisi kita untuk memberi penyelesaian.  Gagal mendapatkan khidmat Muttawif pada masanya, membuatkan kita selalu menutup rasa was-was dengan apa saja – terkadang kita memandang ringan dan terus melupainya. Bagi pengendali umrah pula, kebiasaan mereka berulang-alik ke sana membuatkan perkara-perkara kecil kelihatan tidak begitu penting. Tetapi perkara-perkara inilah yang banyak menganggu kesempurnaan peribadatan kita nanti.

    Sememangnya sifat yang kurang sabar sudah sebati dengan kehidupan harian kita sehingga kita rasakan sifat yang kurang elok itu sebagai suatu yang ‘biasa’ pada watak peribadi kita. Yang lebih sukar tetapi perlu dijaga adalah perasaan. Bila berlaku pertembungan dua elemen ini – watak kebiasaan dengan perasaan, ketidak-sabaran kita itu mudah menyerlah. Apabila emosi bercelaru, kita akan mudah “melatah”. Jika kecelaruan dapat dikurangkan, maka insyallah akan lebih selamatlah diri yang lemah lagi jahil ini dari “kifarah” yang disebut-sebut orang.

    Dari itu, myMuttawif, direka khusus untuk para tetamu Allah yang yang pertama kali akan menempuh perjalanan suci ini. Untuk memahami akan destinasi yang bakal dituju, myMuttawif mengajak para tetamu Allah menjiwai pengembaraan ini sebelum berangkat. Melalui penghayatan ini, mudah-mudahan dapatlah para tetamu Allah menghargai akan pahit-maung kesusahan, cabaran dan ketekunan juga kasih sayang Rasulullah s.a.w. dalam menyebarkan si’ar Islam yang mulia di tanah yang terik ini. Bila disana, insyallah, akan lebih mudahlah pembersihan jiwa dapat diuruskan. Kita akan lebih menumpu kepada nilai ibadah kita berbanding dengan kelemahan pengendalian umrah kita.

    Selain dari itu, buku ini juga ada menceritakan dengan ringkas mengenai peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dizaman Nabi s.a.w. dan para sahabat baginda. Ini adalah sebagai pengetahuan awal. Apabila berada di sana kita akan dapat menyaksikan sendiri dengan mata kepala kita tempat-tempat yang telah disebut-sebut akan sejarah dan ceritanya.

    Apabila pengetahuan sudah ada dan tubuh badan kita pula sedang merasai keadaan tempat tersebut maka secara sepontan kedua-dua perkara apabila bertembung mudah-mudahan dapat menerbitkan suatu kejutan penghayatan yang akan menyelubungi seluruh perasaan secara spontan. Penghayatan inilah yang amat dikehendaki sebagai salah satu elemen untuk penyucian jiwa. Kenangi dan selami kedua-dua perkara tersebut dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan ianya dapat membantu kita dalam usaha kita menjadi insan yang lebih beriman dan lebih bertaqwa.

    “myMuttawif” adalah merupakan himpunan nasihat serta himpunan pengalaman para tetamu Allah terdahulu yang melalui fenomina BIASA ini. Melalui barakah pengalaman umrah mereka dan keikhlasan mereka, moga-moga dapatlah para tetamu Allah yang baru menyiapkan diri dan menambah nilai pada ibadah sunat yang julung-julung kali dilaksanakan. Disamping itu, dapatlah tetamu Allah meningkatkan langkah-langkah kewaspadaan terutamanya ketika berihram.

    Secara amnya, diharapkan setelah membaca “myMuttawif”, segala kegusaran yang ditimbulkan oleh syaitan yang bersifat merejamkan was-was ke dalam hati, dapat ditapis dengan pandangan ikhlas terhadap rahmat dan kasih sayang Allah. Walau bagaimanapun, jangan lupa bahawa niat adalah pemutus kepada hasilnya ibadah.

    Akhir kata, jika sekiranya apa yang dicatat disini adalah tidak seperti yang di alami, saya sebagai insan yang kerdil ini menyusun sepuluh jari memohon ribuan keampunan di atas kesilapan yang tidak di sengajakan itu. Allah jua lah pemilik segala kesempurnaan di dunia maupun di akhirat.


    -Wallahualam-







    Mengenai buku ini


    2 comments:

    1. Assalammu'alaikum Warahmatullahi wabarakatuh....
      Tn yg dirahmati dandiredhai Allah.
      Bagus buku yg di hasilkan. Bagaimana cara saya mahu membelinya?

      ReplyDelete

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?
    klik untuk maklumat lanjut

    Popular Posts