ยท
Pada
hari berangkat ke Mekah, belila h
sedikit makanan berat untuk bekalan di perjalanan nanti. Hati-hati dengan
makanan yang berperisa โmintโ ketika ditengah perjalanan.
ยท
Buat
ziarah selamat tinggal (ziarah Widaโ) sebaik sahaja sebelum berangkat ke Mekah.
Berdoalah agar Allah tidak menjadikan ziarah ini ziarah yang terakhir. Mohon
moga Allah memanjangkan peluang untuk membuat ziarah yang lain. Selebihnya
ikutlah rentak bahasa hati tika mana berada di depan makam Rasulullah s.a.w.
ยท
Bas
persiaran selalunya memilih untuk bertolak pada sebelah pagi atau selepas
tengahari bagi mengelakkan kepanasan tayar yang melampau ketika tiba waktu
tengahari ditengah perjalanan.
ยท
Sebelum
berangkat ke Bir Ali para tetamu Allah dinasihatkan oleh pengurusan umrah untuk
mandi sunat ihram, memakai wangian, memakai minyak rambut, memberus gigi, memotong
kuku dan mengandam misai, janggut, rambut. INGAT ini semua adalah sebelum memakai
pakaian ihram.
ยท
Memakai
pakaian ihram boleh dibuat dihotel (untuk haji) tetapi sunnahnya adalah memakai
ihram di miqat (untuk umrah);
a.
LARANGAN!!
Jangan sengaja memasang niat ketika sedang memakai pakaian ihram. Ini akan menyabitkan
para jemaah terikat dengan pantang larang ihram walaupun belum sampai di miqat.
b.
Memakai pakaian ihram, bagi
laki-laki berupa dua lembar kain, yang satu berfungsi sebagai sarung, dan
satunya sebagai rida' (penutup badan). Dianjurkan berwarna putih, berdasarkan
hadits Rasulullah s.a.w.; "Pakailah pakaianmu yang berwarna putih, kerana
sesungguhnya pakaian yang putih itu adalah paling baik, dan kafanilah
orang-orang yang mati di antara kamu dengan-nya."
c.
Adapun pakaian ihram bagi
wanita, iaitu dengan memakai pakaiannya yang disyari'atkan tanpa berdandan dan
tanpa memakai perhiasan, tidak dibolehkan baginya menutup wajah dengan cadar
atau niqab, dan tidak boleh pula memakai sarung tangan.
ยท
Tetapi sebelum perjalanan
yang jauh, para jemaah akan singgah di Masjid Bir Ali untuk berniat umrah
dan memulakan talbiah. Jarak perjalanan adalah sekitar 45 minit.

.
.
.
.
....
No comments:
Post a Comment