Blog ini memcangkupi segala aspek umrah dari pemilihan agen umrah, menjadi agen umrah, belajar bab umrah, soal jawab umarah dan sebagainya ... insyallah

  • Breaking News

    Tuesday, October 8, 2013

    6 - Rahsia Tiang-Tiang di dalam Masjid Nabawi



    (ringkasan dari Buku Jejak Rasul 2 – Rahsia Madinah)

    ·        Nama-nama tiang boleh dilihat terpampang diatas tiang-tiang yang ditanda dimuka surat sebelum ini.
    ·        Tangisan dan Rajukan Batang Tamar. Sebelum Mimbar dibuat, Rasulullah s.a.w. telah berkhutbah sambil berdiri dengan bersandar ke batang sepohon tamar. Bila siap mimbar tersebut, baginda pun terus menuju ke mimbar tersebut dengan melewati tamar tersebut. Pohon tamar telah menangis dengan sekuatnya sehingga masjid bergoncangan dan terjatuh debu-debu dari bumbung. Kemudian Rasulullah s.a.w. pun turun lalu memluk pohon tamar tersebut sehingga ia berhenti dari tangisannya.
    ·        Sumpah palsu. Daripada Jabir bin Abdullah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, barang siapa bersumpah palsu di sisi Mimbarku dengan sumpah palsu yang membawa dosa, maka ia menyediakan tempat wajibnya di dalam api neraka – hadith riwayat Malik, As-Syafie dan Ahmad.



     beli buku ini



    ·        (1) Tiang Wangi. Sebahagian dari tiang ini telah termasuk ke dalam Mihrab dan di tanda dengan “Ha za musalla rasulillah”. Rasulullah s.a.w. selalu bermunajat dan mengerjakan solat di sini. Sebagai tanda tempat solat nabi, para sahabat menyapukan minak wangi.
    ·        (3) Tiang Taubat. Ianya tiang keempat dari Mimbar, yang kedua dari makam nabi dan yangketiga dari kedudukan kiblat. Dikenali juga dgn nama Tiang Abu Lubabah kerana beliau telah mengikat dirinya disitu sebagai hukum kerana tidak mengikut arahan Rasulullah s.a.w.
    ·        (4) Tiang Saiyidatina Aisyah r.anha (kedudukannya ketiga dari mimbar, ketiga dari makam nabi, ketiga dari kedudukan kiblat di dalam masjid) dikenali juga Tiang Muhajirin. Dikenali sedemikian kerana kaum Muhajirin selalu berkumpul ditiang ini.
    ·        (5) Tiang Pengawal. Terletak disebelah utara tiang katil. Dikenali juga dengan nama Tiang Ali bin Abi Talib r.a. kerana beliau mengerjakan solat dan duduk di bahagiannya yang bersambung dengan rumah Rasulullah s.a.w. bagi tujuan menjaga Rasulullah s.a.w.
    ·        (6) Tiang Perwakilan. Terletak dibelakang Tiang Pengawal. Rasulullah s.a.w. akan duduk ditiang tersebut bilamana Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan mana-mana perwakilan dari kaum-kaum tertentu.
    ·        (7) Tiang Tahajjud. Terletak dibelakang rumah Saiyidatina Fatimah r.anha dan sekarang berada dalam pagar makam. Sebagai tanda, telah dibina satu mihrab yang telah ditutup dengan batu dan dijadikan rak Al-Quran.
    ·        (8) Tiang Katil. Ia adalah tiang yang bersambung dengan pagar besi makam. Terletak bersebelahan dengan tiang taubat dari bahagian timurnya. Rasulullah s.a.w. mempunyai sebuah katil yang diperbuat dari pelepah tamar yang diletakkan berdekatan dengan tiang ini untuk Rasulullah s.a.w. berehat.
    ·        (9) Tiang Empat Persegi Kubur. Dikenali juga sebagai Tiang Makam Jibril. Terletak disebelah timur Raudah. Disini tempatnya Jibril berdiri ketika datang bertemu Rasulullah s.a.w. Sekarang ini terletak didalam pagar makam. Rumah Saiyidatina Fatimah r.anha terletak berhadapan dengan tiang ini.
    ·        (10) Tempat Ahli Suffah. Berada dibelakang makam nabi. Tempat ini ditinggikan dan berhampiran dengan pintu Jibril.
     ·       Buku Umrah mengandungi tips-tips dari ustaz yang berpengalaman. Dapatkan senaskah sekarang!!! Pergi dengan ilmu, Kembali dengan tenang. Insyallah umrah mabrur.
    ·        (11) Tiang Mashaf. Letaknya diantara mimbar dan kiblat sekadar laluan seekor kambing. Daripada Yazid bin Abu Ubaid dpd Salamah bin Al-Akwa r.a bahawa Rasulullah s.a.w. duduk mengasingkan diri bertasbih di dalamnya. Sabda Nabi, “ ... ada suatu tempat yang bersetentang dengan tiang ini. Jika orang ramai mengetahui akan ganjarannya bersolat di dalammnya, sudah pasti mereka akan membaling undi ...”. Rujukan kitab Fathul Bari mengatakan, doa disisi tiang itu adalah sangat mustajab. Wallahu ‘alam.

    1 comment:

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?
    klik untuk maklumat lanjut

    Popular Posts