·
Sepanjang
tempoh di Madinah, beberapa siri lawatan ke tempat-tempat
bersejarah diaturkan oleh pengendali umrah. Dari itu, sentiasa peka dengan
arahan yang diberi oleh Muttawif untuk waktu lawatan.
·
Ambil kad hotel sebagai
simpanan dan panduan untuk pulang ke hotel sekiranya sesat di Madinah selepas
bersiar-siar.
·
Sentiasa ingat nama atau
nombor pintu masuk ke Masjid Nabawi supaya tidak sesat.
·
Jika mahu keluar
bersiar-siar, tinggalkan kunci bilik di kauter kerana jika kunci tersebut
hilang diluar hotel, cajnya adalah sekitar RM200.
·
Puasa sunat, nikmati berbuka
di dalam Masjid secara berjemaah
·
Solat;
a.
Solat subuh; azan dua kali
iaitu sejam sebelum waktu subuh sebenar
b.
Solat jumaat; pergi awal
selalunya 2 ½ jam sebelum waktu, untuk mendapat tempat yang diingini.
c.
Solat di Raudah; niat di
hotel sebelum pergi agar Allah permudahkan.
·
Solat Jumaat bagi wanita
adalah harus hukumnya. Tetapi bayangkan akan ganjaran 1,000
pahala yang menanti. Riwayat dari Imam Malik, Bukhari dan Muslim, sabda nabi
s.a.w, sesungguhnya solat berjemaah adalah dua puluh tujuh kali ganda lebih
afdal daripada solat bersendirian. Ini bersamaan bersolat Jumaat di tanahair
selama 8 bulan.
·
Setiap malam, sebelum tidur,
sapu krim pelembut kaki
·
Kasut/selipar boleh dibawa
masuk kedalam masjid. Sentiasa pastikan petak tempat lekat kasut di mana
kasut/selipar ditinggalkan dan awaslah waktu pertukaran lawatan agar selipar yang
di tinggalkan di tempat kasut tidak “hilang” dipungut oleh kakitangan masjid.
·
Perhatikan orang yang tidak
dikenali, selalunya minta sedekah dengan cara yang professional. Tetapi ingatlah, perkataan
yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan
sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha
Penyantun. (Surah Al-Baqarah:263)
·
Jangan mudah terpengaruh
dengan jualan dari orang Arab atau Indon (kayu koka). Jika berminat belila h ketika berada di Bukit Uhud … jauh lebih murah.
·
Membeli pakaian jubah di
Madinah lebih banyak pilihan dan berkualiti berbanding dengan di Mekah.
·
Di Madinah perkara-perkara berikut adalah di HARAM kan oleh Allah;
d.
Memburu
binatang buruan
e.
Mencabut
dan memotong pokok-pokok
f.
Mengutip
barang tercicir
g.
Mengangkat
senjata dan berperang di dalamnya
h.
Jika
terlanggar ke empat-empat di atas; hendaklah beristighfar dan bertaubat
..
.
No comments:
Post a Comment