·
Disebut juga sebagai Jannatul
Baqi’. Kawasan perkuburan isteri-isteri nabi, puteri-puteri nabi dan sebila ngan besar para sahabat nabi dan para mujahid
Islam.
·
Sunat menziarahi perkuburan
ini kerana Rasulullah s.a.w. pernah diperintahkan oleh Allah untuk menziarahi
perkuburan ini dan berdoa agar diberikan rahmat keatas ahli perkuburan ini.
Ketika arahan itu diturunkan oleh Jibril a.s., malam itu adalah giliran
Rasulullah bermalam di rumah Saidatina Aishah.
·
Di sini Rasulullah membacakan doa ini;
“Semoga kedamaian Allah ke atasmu, wahai
tempat kediaman orang-orang beriman. Apa yang dijanjikan datang kepadamu esok
hari telah datang kepadamu setelah sedikit penundaan dan sesungguhnya kami,
kalaulah Allah memberikan kehendakNya, akan mengikutimu. Ya Allah! Ampunilah
orang-orang yang berada di dalam Makam Al-Gharqad”
– Hadis riwayat Ibn
Hibban.
·
Solat jenazah; boleh
dikatakan ada di setiap solat waktu. Jika mahu peluang menziarah ke dalam
kawasan perkuburan Al-Baqi, iringila h
jenazah ke perkuburan Baqi’ sebaik sahaja jenazah meninggalkan Masjid.
·
Disini, tetamu Allah wanita,
dila rang masuk ke dalam kawasan
perkuburan Baqi’ bersabar sahaja lah ye!
·
Sedikit makluman, muatan pada
satu-satu masa adalah 10 ribu jenazah. Setiap 6 bulan tempat ini akan
dibongkari untuk diisi dengan jenazah baru.
·
Mengenai kelebihan ‘penduduk’
Baqi adalah seperti dalam sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh At-Tirmidhi
dan Al-Hakim bahawa sabda nabi, “Akulah orang pertama yang akan memasuki
syurga, kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian para penduduk Al-Baqi dan
mereka akan berkumpul denganku, kemudian aku akan menanti para penduduk
Al-Ma’ala.”
·
Sepertimana Masjid Nabawi,
perkuburan ini mengalami perluasan ketika zaman pemerintahan saudi sebanyak dua
kali iaitu semasa pemerinatahan Raja Faisal dan Raja Fahd.
No comments:
Post a Comment