Blog ini memcangkupi segala aspek umrah dari pemilihan agen umrah, menjadi agen umrah, belajar bab umrah, soal jawab umarah dan sebagainya ... insyallah

  • Breaking News

    Wednesday, December 4, 2013

    22. UMRAH ULANGAN


    23AlAswad



    ·        Boleh dikerjakan bila-bila masa. Adalah lebih baik jika umrah ulangan dibuat dengan niat untuk ibubapa kita atau siapa jua - lebih besar menafaatnya
    ·        Tiada nas yang mengatakan, melakukan umrah sebanyak 7 kali, pahalanya bersamaan haji kecil. Sebaliknya, Atha’ mengatakan bahawa melakukan tawaf tujuh putaran di sekeliling Baitullah lebih beliau sukai daripada pergi ke Tanaim untuk berumrah dari sana.
    ·        Selalunya, waktu malam lebih ramai dari waktu siang. Pada waktu malam dan pagi, ramai jemaah mengerjakan umrah secara berkumpulan besar. Ini boleh menyukarkan bagi mereka yang berjalan secara kelompok kecil.
    ·        Barang yang perlu dibawa adalah wang sekitar RM15, kad hotel, gunting/pisau cukur.
    ·        Sepanjang masa di Tanah Haram, sentiasalah peka akan perkara-perkara pelik yang mungkin hadir sebagai pengalaman istimewa anda.
    ·        Perkidmatan bas (van) boleh didapati samada seorang atau berkumpulan. Jika seorang, tambangnya SR5 … kadang-kadang SR4. Jika berempat, lebih elok naik teksi. Jika ramai, lebih elok naik van - kiraan tambang boleh dikurangkan sedikit.
    ·        Tawaran yang dibuat oleh pemandu van adalah samada untuk ke Tanaim atau ke Jaraanah. Jarak dari Masjidil Haram ke Tanaim lebih kurang 15 minit perjalanan sehala. Abdurrahman bin Abu Bakar ra. mengatakan bahwa Nabi s.a.w. menyuruhnya memboncengkan Aisyah di belakangnya dan mengerjakan umrah dari Tanaim.
    ·        Selain Tanaim, kita boleh bermiqat di Masjid Hudaibiyah (dalam perjalanan ke Jeddah).
    ·        Bila sampai di tempat berniat umrah, pastikan tempat van berhenti atau plat vannya atau apa jua yang boleh supaya senang untuk pulang kembali ke Masjidil Haram dengan van yang sama tanpa bayaran tambang tambahan.
    ·        Tambang selalu dikutip diperjalanan pulang ke Masjidil Haram. Terkadang ada jua yang mengutip ketika di dalam perjalananan ke tempat miqat.
    ·        Bagi umrah yang dikerjakan selepas ziarah, hati-hati dengan kesilapan kecil berihram contohnya seluar dalam yang tidak di tanggalkan atau memakan makanan yang ada unsur wangi.
    ·        Selalunya, purata masa yang diperlukan untuk menyudahkan umrah adalah sekitar 3 ½ jam (jika seorang) dan sekitar 4 ½ jam sekiranya berjemaah.
    ·        Amalan solafulsalleh, adalah memperbanyakkan tawaf sunat berbanding dengan memperbanyakkan umrah ulangan.

    ihram

    tawaf

    saie

    tahlul


    chklist

    ·        Sila rujuk lampiran “Pendapat Dasar” mengenai umrah.
    pendapat


    23AlAswad
    .
    .
    .
    .
    .

    ....

    No comments:

    Post a Comment

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?
    klik untuk maklumat lanjut

    Popular Posts