·
Ubay
bin Kaab menceritakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Para
malaikat telah menurunkan Hajar Aswad dari syurga.”
·
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “ Pada hari kiamat kelak, Hajar Aswad itu
akan dibangkitkan dengan sebuah lisan yang dapat melihat dan dia adalah yamin
Allah s.w.t. yang dengannya Dia menyalami para hambaNya.”
·
Rasulullah s.a.w. TIDAK
pernah menyentuh mana-mana bahagian Kaabah kecuali Batu Hitam and Rukun Yamani.
Tetapi sekarang ini, boleh dikatakan keseluruhan dinding Kabaah telah disapu
dengan minyak atar. Dari itu, bagi yang sedang dalam ihram untuk menunaikan
umrah, dinasihatkan agar tidak menyentuh mana-mana bahagian Kabaah.
·
Elakkan dari berdiri terlalu
lama di Hajar Aswad untuk memberi isyarat kerana tindakan sedemikian boleh
menyebabkan berlaku kesesakan yang sangat dahsyat.
·
Mencium Hajar Aswad, hukumnya
sunat dan tidak termasuk didalam mana-mana rukun haji atau umrah.
·
Jika dapat mencium Hajar
Aswad, bacaan yang diucapkan oleh Ibnu Umar (bukan sunnah yang jelas) adalah
dengan perkataan ’Bismillaahi wallaahu akbar’ (Dengan nama Allah dan Allah Maha
Besar) (HR. al-Baihaqi 5/79, dan selainnya dengan sanad yang shahih, sebagimana
dikatakan oleh an-Nawawi dan Ibnu Hajar al-Asqalani).
·
Berasak-asak dan menyakiti
sesama muslim adalah haram kerana ibadah mencium hanyalah sunat. Manakala
menjaga silaturahim adalah wajib hukumnya.
·
Mengucup Batu Hitam, HANYA
selepas lengkap sepenuhnya umrah dan TIDAK semasa dalam berihram.
·
Jika sangat berkeinginan,
sembayang sunat hajat (diluar ihram) dan pohonlah padaNya.
·
Adabnya, beratur
ditengah-tengah (diantara Rukun Yamani dan Hajar Aswad) dan tunggu giliran
sehingga sampai kepadanya.
·
Berhati-hati pada orang
ASING yang menawarkan perkhidmatan untuk memandu jemaah mencium
Hajar Aswad kerana upah yang dikenakan dari sekecil-kecil SR50 hingga SR300
seorang. Sesiapa yang dapat mengusap dan mencium hajar aswad tanpa menggangu
siapapun, dia disunnahkan untuk itu. Jika dia tidak memungkinkan untuk mengusap
dan mencium hajar aswad, maka dia mengusap dengan tangan maupun tongkatnya, dan
jika tidak mampu mengusap dengan tangan maupun dengan tongkatnya, dia
mengisyaratkan kepadanya dengan tangan kanan ketika berada pada arah bertentangan dengan Hajar
Aswad lalu bertakbir. Ini adalah yang sunnah. Adapun dengan memberikan suapan
ataupun penerima suapan, maka keduanya wajib taubat kepada Allah dari hal tersebut. Kepada Allah kita mohon pertolongan kebaikan.
Dan selawat serta salam kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
.
.
.
..
.
.....
.
.
.
..
.
.....
No comments:
Post a Comment