·
Setelah
chek-in, teruslah menuju ke Masjid Nabawi dengan NIAT ziarah bukan
mencari berkat atau sebagainya.
·
Berjalan di Madinah dalam
keadaan tenang, sopan serta penuh beradab kerana Nabi s.a.w dan para sahabat baginda berada didalam
tanah tmepat kita berpijak.
·
Jangan bercakap dengan kuat di mana mengangkat suara di sisi Rasulullah s.a.w boleh menggugurkan amalan soleh.
·
Merokok. Apabila anda
merupakan perokok, berusahalah bersungguh-sungguh untuk berhenti dari merokok
di tanah suci kerana sedemikian merupakan perbuatan fasiq terutama di Madinah
Rasulullah s.a.w. malah ia juga dianggap sebagai tidak beradab bersama Nabi
s.a.w.
·
Berjalan menuju ke Masjid
Nabawi, banyakkan bersedekah seperti yang disarankan Allah dalam firmannya, “Hai orang-orang beriman, apabila kamu mengadakan
pembicaraan khusus dengan Rasul hendaklah kamu mengeluarkan sedekah (kepada
orang miskin) sebelum pembicaraan itu. Yang demikian itu lebih baik bagimu dan
lebih bersih; jika kamu tidak memperoleh (yang akan disedekahkan) maka
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Al-Mujadalah:12).
·
Jika dapat masuklah melalui
pintu Babusalam (pintu #1) kerana Rasulullah memasuki
masjid ini dari pintu tersebut. Atau jika tidak ...
·
Masuk masjid Nabawi adalah
melalui pintu belakang (pintu #22) atau pintu sisi (#11, #32)
untuk ke Raudah. Dan baca doa ini sebagai adab untuk memasuki rumah Allah;
òLAòÌô@IòC Óø» ô\@òN@@ô¯A úÁÈó@@¼ú@@»òA , ø"A
ø¾ôÌ@@ómòi òÓ¼ò§ óÂòÝún@@»AòË ø"A Âôn@@ø@I
.ò¹@ø@N@òÀ@ôYòi
Dengan nama Allah, semuga kedamaian Allah sentiasa keatas Rasulullah. Ya
Allah! Bukakan pintu rahmatMu buatku.
·
Mengerjakan solat sunat
tahiyatul masjid di Raudah juga merupakan adab sebelum menziarah. Selepas solat
sunat, barulah menziarah makam nabi dan sahabat-sahabat nabi; sebagai tanda
penghormatan.
·
Dahulu, masjid ini dibuka
seawal jam 3 pagi (waktu tempatan) dan ditutup jam 10 malam (waktu tempatan).
Tetapi sekarang masjid ini dibuka 24jam sehari untuk kemudahan jemaah.
·
Bagi kunjungan ziarah ke
makam nabi secara berkumpulan; jemaah wanita tidak boleh turut serta. Waktu ziarah kumpulan wanita telah ditetapkan pada:-
a.
hari Jumaat : dari jam 8 pagi
hingga 10 pagi dan 9 malam hingga 11 malam.
b.
hari lain : dari jam 9 pagi
hingga 11 pagi, 2.30 petang hingga 4 petang dan 9 malam hingga 11 malam.
·
Setiap kumpulan wanita akan di benarkan berada di Raudah sekitar 10 ~ 15 minit
sahaja. Cara untuk dapat berada di Raudah adalah masuk ½ jam sebelum waktu
tutup. Tetapi jemaah wanita hendaklah beratur awal sedikit.
·
Kamera. Handphone berkamera
boleh dibawa oleh jemaah lelaki tetapi dilarang keras bagi jemaah wanita.
·
Selipar. Simpan dalam karung
supaya senang diuruskan samada ditinggal ditempat kasut atau dibawa bersama
ketika beriktikaf di dalam masjid supaya senang kelaur melalui mana-mana pintu.
·
Ketika waktu ziarah wanita,
lelaki masuk ke masjid adalah dari pintu belakang (pintu #18 hingga #21) atau
pintu sisi (#11, #32).
·
Sejarah. Masjid Nabawi
merupakan rumah milik anak yati m,
Sahal dan Suhail. Di pekarangan rumah itu, unta yang dinaiki Rasulullah pertama
memasuki Madinah berhenti dan berlutut di rumah Abu Ayub Al Ansari. Tapak rumah
tersebut kemudian dibeli, dan dibangunkan Masjid Nabawi. Selain untuk tempat solat,
di masa Rasulullah, masjid ini juga tempat menampung kaum fakir-miskin serta
musafir. Di masjid ini disunnahkan untuk dapat melakukan solat fardhu berjemaah
40 kali (bererti lapan hari berturut-turut) kerana pahalanya seumpama pahala
mengerjakan haji. Tetapi selalunya tidak sempat 40 kali solat fardu kerana
jemaah akan berada di Madinah selalunya untuk 4H/3M sahaja. Masjid sekarang
telah diperbesarkan. Masjid asal adalah ditandakan dengan tiang berwarna hijau.
·
Raudah. Antara kamarku dan
mimbarku terletak salah satu bahagian dari taman surga, demikian pernah
dinyatakan Rasul. Maka orang-orang pun berlumba untuk dapat solat, berdoa, berzikir
atau mengaji di tempat yang berada di antara makam Rasulullah dan mimbar masjid
Nabawi tersebut. Tanda kawasan Raudah adalah pada carpet yang berwarna hijau. Tetapi
lelaki, kena pandai-pandai sedikit kerana peluang untuk duduk di Raudah adalah agar
sukar memandangkan bangsa lain selalunya ‘parking’ untuk jangkamasa yang lama.
Jadi peluang yang lain adalah semasa pertukaran waktu lawatan wanita –
selebihnya bergantung kepada rezeki yang Allah nak kurniakan kepada kita.
·
Makam Nabi dan Sahabat. Dahulu
tempat ini merupakan rumah Rasulullah yang berada di samping masjid Nabawi. Setelah
wafat, Rasulullah dimakamkan di rumah tersebut. Kerana perluasan masjid Nabawi,
makam tersebut sekarang berada di dalam masjid. Makam nabi s.a.w. dan 3 orang
sahabat baginda r.a. adalah selepas sempadan Raudah dengan makam.
·
Perhatikan tulisan jawi di
pagar Maksurah kerana disitu ada tertulis nama-nama Nabi s.a.w, Saidina Abu
Bakar dan Saidina Umar. Ini adalah tanda bagi kedudukan makam-makam mereka.
·
Jangan mengangkat suara
ketika di dalam Masjid Nabawi – Firman Allah;”Hai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata
kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu
terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan
kamu tidak menyedari”. (Surah Al Hujrat:2)
·
Bacakan ini dengan nada yang lembut dan berhemah untuk kekasih kita jua!!!;
ø"A ò¾ôÌómòi BòÍ ò¹ôÎò¼ò§ óÂòÝún»AòË
óÑñ̼úv»Aò
ø"A úÓøJòÃ BòÍ ò¹ôÎò¼ò§
óÂòÝún»AòË óÑñ̼úv»Aò
ø"A òK@ô@Î@ø@JòY BòÍ ò¹ôÎò¼ò§ óÂòÝún»AòË
óÑñ̼úv»Aò
øÕB@@ò@Î@ø@JôÃ òÜô A òÁò@MBòa
BòÍ ò¹ôÎò¼ò§ óÂòÝún»AòË óÑñ̼úv»Aò
øÉ@ø´@@ô¼@òa ôÅ@ø¿ ø"A
òÑ òj@ôÎ@@òa BòÍ ò¹ôÎò¼ò§ óÂòÝún»AòË óÑñ̼úv»Aò
òÅ@ô@Îø´@úNóÀ@@»ôA òÂB@ò¿ øG
òË òÅ@ôÎ@ø»@@òm ôj@óÀ@»ôA òf@ø÷Î@@òmBòÍ ò¹ôÎò¼ò§ óÂòÝún»AòË óÑñ̼úv»Aò
_É@@óMBò·òj@ò@IòË ø"A óÒ@òÀ@ôYòiòË
ûÓ@@øJ@úÄ»ABò@Èû@@ÍòA ò¹@ô@@òμò§ óÂòÝ@@ún»òA
_Éó@» ôÌ@ómòiòË _Ê ófô@Jò§ ò¹ú@@ÃòAòË
ó"A úÜøA òÉñ@»øA òÜ ôÆòA ófòÈ@ôqòA
Selawat dan salam keatasmu, wahai
Rasulullah
Selawat dan salam keatasmu, wahai Utusan
Allah
Selawat dan salam keatasmu, wahai kekasih
Allah
Selawat dan salam keatasmu, wahai
penghulu sekelian nabi
Selawat dan salam keatasmu, wahai orang
yang diberkati Allah daripada makhlukNya
Selawat dan salam keatasmu, wahai Rasul
pemimpin dan imam orang yang bertaqwa
Semuga kedamaian Allah keatas baginda
yang dirahmati Allah dan diberkati selalu
Aku naik saksi tiada tuhan selain Allah
dan sesungguhnya Muhammad itu hambaMu dan rasulMu.
·
Ketika
para jemaah dipesan supaya menyampaikan salam kepada Rasulullah s.a.w. oleh
seseorang kenalan maka janganlah kamu berkata ”... Assalamu'alaikum wahai Rasulullah
daripada (syeikh, Haji, jurutera atau doktor si Polan)”; bahkan sebut sahaja
namanya kerana tidak ada mana-mana kedudukan yang terlebih mulia apabila berada
di hadapan penghulu segala Rasul dan kekasih Allah itu.
·
Yakinlah
kita bahawa apabila memberi salam kepada Rasulullah bahawa salam kita pasti
dijawab oleh baginda seperti mana sabda baginda bahawa Allah Taala akan
mengembalikan roh baginda kepada jasad baginda semata-mata untuk menjawab salam
si pemberi salam.
·
Langkah ke kanan sedikit
untuk Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Lafazkanlah salam ini buat Saidina Abu Bakar
as-Siddiq (salam ini dilafazkan oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a.);
óÊB@òN@ò@IòC
BòÍ ò¹@ô@@òμò§ óÂòÝ@@ún»òA , jù@@ô¸@@òI
Bò@IòC BòÍ ò¹@ô@@òμò§ óÂòÝ@@ún»òA
Semuga kedamaian keatasmu, wahai Abu
Bakar, semuga kedamaian keatas mu, wahai bapaku.
·
Dan kekanan berikutnya untuk
Saidina Umar Ibnu Al Khattab. Sebelum ini makam sahabat nabi
ini berada diluar masjid tetapi telah dipindahkan kedalam setelah Aishah
memenuhi permintaan dari Umar yang meminta dimakamkan disisi makam Nabi s.a.w.
·
Jemaah Iran/Iraq. Mereka
tidak mengiktiraf kedua-dua sahabat nabi. Maka itu, jemaah dapat melihat
sesetengah mereka hanya menziarahi makam nabi samada di dalam masjid mahupun
diluar masjid.
·
Berikut adalah BUKAN amalan
salafus soleh. Dari itu jangan buat;
a.
Mencium pagar,
b.
Mengusap tangan keatas pagar
dan mencium tangan,
c.
Berdiri dalam bentuk solat
kerana ini adalah suatu bentuk ketundukan, kerendahan diri dan penyembahan,
d.
Berdiri begitu lama mengadap
kearah makam Nabi tanpa sebab; melainkan sekadar menunjukan kecintaan terhadap
Rasulullah,
e.
Berdoa
mengadap maqam Nabi,
f.
Meminta
dari Nabi memenuhi segala keperluan, menghilangkan segala kesusahan, mengubati
orang sakit atau dsb. Sebaliknya, mintalah terus dari Allah kerana Allah itu
sudah pasti akan mengkabulkan doa dari hambaNya.
·
Beriktikaf di
dalam masjid, perhatikan waktu pertukaran lawatan diantara lelaki dan wanita.
·
Bagi yang
solat sunat, bersolatlah tempat yang terkeluar sedikit dari laluan utama kerana
ditakuti akan dilanggar oleh para pengusung jenazah.
No comments:
Post a Comment