·
Terdapat sebelas
perkara yang dikhususkan untuk wanita sahaja iaitu:
·
Hati-hati dengan 11
dari 13 pantang larang yang berkaitan dengan wanita.
·
Wanita diharuskan
memakai pakaian yang berjahit di dalam Ihram dengan syarat pakaian tersebut
tidak berwarna ataupun dicelup dengan pewarna.
·
Di sisi mazhab Hanafi
wanita diharuskan memakai sepasang khuf dan sepasang sarung tangan sedangkan di
sisi mazhab yang lain melarang dari memakai sepasang sarung tangan.
·
Wanita diwajibkan
menutup kepalanya (aurat rambut).
·
Wanita tidak boleh
menguatkan suaranya dengan talbiah.
·
Tiada berlari-lari
anak pada tawaf mahupun saie.
·
Tidak perlu mencukur
rambutnya bahkan memadai dengan mengguntingnya.
· Buku Umrah mengandungi tips-tips dari ustaz yang berpengalaman. Dapatkan senaskah sekarang!!! Pergi dengan ilmu, Kembali dengan tenang. Insyallah umrah mabrur.
· Buku Umrah mengandungi tips-tips dari ustaz yang berpengalaman. Dapatkan senaskah sekarang!!! Pergi dengan ilmu, Kembali dengan tenang. Insyallah umrah mabrur.
·
Tidak perlu mengucup
Hajar Aswad ketika terdapat sekumpulan lelaki malah memadai dengan ittiba
(sopan) contohnya mengisyaratkan lambaian kepadanya sahaja.
·
Masalah HAID DATANG bagi
yang TELAH berniat bersyarat. Jika waktu datang haid adalah ...
a.
Selepas berniat ihram,
·
Tidak dibenarkan
melakukan tawaf rukun atau sunat ataupun saie.
·
Jemaah wanita
dibolehkan bertahlul. Ini bermakna jemaah telah membebaskan diri dari pantang
larang ihram.
b.
Ketika mengerjakan
tawaf
·
Jika tawaf masih dalam
pusingan awal maka jemaah hendaklah berhenti dari tawaf dan dibolehkan bertahlul.
·
Jika tawafnya telah lengkap dan sebelum saie, maka dia boleh menyempurnakan
umrahnya dan tidak perlu membayar dam.
c.
Ketika mengerjakan
saie/tahlul
·
Jemaah wanita boleh
menyempurnakan umrahnya dan tidak perlu membayar dam.
·
Masalah HAID KERING bagi yang TELAH
berniat bersyarat. Jika waktu kering haid adalah ...
a.
Sebelum pulang ke
tanahair, maka wajib bagi jemaah wanita menyempurnakan kembali rukun umrahnya
bermula dari awal rukun umrah.
b.
Masih tak kering
sebelum pulang, maka jemaah tidak perlu melunaskan hutang umrahnya dan boleh
kembali ke tanahair seperti biasa.
·
Masalah HAID sebelum
bertolak be Bir Ali, maka, jemaah wanita ini kenalah berbuat,
a.
Haid DATANG sebelum ke
Bir Ali
·
Mandi sunat ihram
·
Berniat ihram, sama
ada sebelum sampai di miqat atau selepas sampai di miqat
·
Bertalbiyah,
bertahmid, bertasbih dan berzikir.
·
Itu sahaja. Ini bermaksud jemaah masih lagi dalam keadaan berihram.
b.
Haid KERING sebelum
pulang
·
Maka wajib bagi jemaah wanita menyempurnakan kembali umrahnya
bermula dari awal rukun umrah.
c.
Masih TAK KERING
sebelum pulang,
·
Jemaah wanita boleh
memanjangkan tempoh menetap di Mekah (dengan kos saraan sendiri) sehingga telah
suci dari haid ataupun
·
bertahlul Ihsar dengan
dikenakan Dam iaitu menyembelih seekor kambing (dinamakan dam ihsar) dan bergunting (hanya setelah kambing tersebut telah
disembelih)
·
Namun demikian
sekiranya jemaah tidak berniat bersyarat dan DATANG HAID ketika sedang dalam
ihram, maka keadaan kes (ii) dan (iii) diatas masih boleh digunakan. Selagi
belum suci dari haid atau belum melunaskan Dam Ihsar, jemaah wanita dikira
masih berada dalam keadaan berihram.
·
Walaupun sudah
membayar dam ihsar, ini tidak bermakna jemaah wanita sudah terlepas dari
masalah rukun umrahnya. Sebaliknya, jemaah wanita dituntut untuk kembali semula
ke Mekah bagi menyempurnakan umrahnya secepat mungkin setelah masalah darah
haidnya telah kering ataupun sembuh dari penyakit.
·
Darah haid kekeruhan
dan kekuningan selepas tamat tempoh kebiasaan haid, tidak dikira sebagai darah
haid. Ertinya jemaah wanita sudah suci daripada haid. Oleh itu, boleh mandi
hadas besar dan seterusnya boleh menyempurnakan rukun umrah.
·
Fatrah al-naqa'
bermaksud hari haid berhenti dalam tempoh masa haid. Jemaah wanita mungkin
mengalami keadaan seperti ini, haidnya terhenti pada
jangka masa tertentu dalam tempoh kebiasaan haidnya. Sekiranya tempoh masa
darah terhenti itu mencapai tempoh selama 24 jam ulama ada berbeza pendapat
a.
Ada yang berpendapat
tempoh itu masih dikira sebagai tempoh masa haid. Ada
yang berpendapat tempoh itu boleh dikira sebagai suci.
b.
Oleh itu, bagi wanita yang kesuntukan masa untuk melakukan tawaf rukun disebabkan
tarikh penerbangan yang tidak mengizinkannya menunggu sehingga tamat tempoh
kebiasaan haidnya dan tarikh penerbangan tidak boleh ditunda adalah
dinasihatkan supaya berpegang dengan pendapat fuqaha' yang mengatakan fatrah
al-naqa' selama 24 jam adalah suci, bukan haid. Dengan itu beliau boleh mandi
hadas besar, seterusnya melakukan tawaf rukun dan berangkat pulang.
·
Jika Fatrah al-naqa’
berlaku dan jemaah wanita telah menyempurnakan rukun umrah (berdasar pendapat fuqaha’ diatas) tetapi tempoh tinggal
di Mekah masih panjang kemudian pada hari-hari terakhir (dari tempoh haid),
darah haid datang kembali maka
a.
Umrah rukunnya tadi
adalah sah
b.
Darah yang datang
kemudian adalah darah haid penyakit dan menjadi kewajipan kepada jemaah wanita
untuk menyempurnakan tawaf Wida’ setelah bersuci seperti dibawah.
·
Darah istihadah atau
Keputihan yang berpanjangan. Wanita yang mengalami dua keadaan ini masih boleh
melakukan solat, tawaf dan ibadat dengan syarat melakukannya ketika suci
daripada hadas kecil.
·
Sebelum melakukan
ibadat terbabit jemaah mestilah terlebih dahulu mengambil wuduk. Cara berwuduk
adalah seperti berikut:
a.
Mesti berwuduk selepas
masuk waktu solat
b.
Sebelum berwuduk
mestilah membersihkan darah dan keputihan.
c.
Selepas darah dan
keputihan dibersihkan beliau hendaklah memakai tuala wanita (tidak untuk tempoh
yang lama bagi mengelakkan kesan sampingan)
d.
Wuduknya hanya memadai
untuk satu fardu dan beberapa sunat. Ertinya boleh melakukan tawaf rukun,
beberapa solat sunat dan beberapa tawaf sunat. Boleh melakukan satu solat fardu
dan beberapa solat sunat dan beberapa tawaf sunat.
e.
Melakukan saie tidak
memerlukan suci daripada hadas kecil.
·
Jika datang haid
kepadanya setelah saie, tidak wajib baginya mengerjakan Tawaf Wida’, tetapi INGAT,
a.
Bagi kes haid yang
berpanjangan sehingga sebelum pulang maka
kewajiban mengerjakan Tawaf Wida’ gugur kerana masih dalam keadaan haid.
b.
Tetapi jika haid telah
kering sebaik sahaja sebelum pulang, maka menjadi kewajipan kepada jemaah untuk
mengerjakan Tawaf Wida’.
·
Wanita yang berkemungkinan
mengalami kedatangan haid digalakkan banyak berdoa semoga Allah memberi
kemudahan beliau melakukan ibadah umrah dengan menjauhkan kedatangan haid yang
tidak menentu, terutama pada saat ibadat itu perlu dilakukan dalam keadaan
suci. Jemaah tidak digalakkan membaca bacaan tertentu untuk menghalang
kedatangan haid, kecuali bacaan itu dipastikan sabit daripada hadis sahih. Ini
bagi tujuan menjauhkan jemaah haji daripada melakukan perkara khurafat yang
sangat-sangat ditegah syarak.
·
Ketika dalam keadaan
haid dan tidak boleh melakukan ibadat yang mensyaratkan suci daripada hadas,
wanita terbabit digalakkan melakukan banyak ibadat lain seperti bertahlil,
bertahmid, bertasbih, bertakbir atau zikir lain.
· Suntikan penahan haid; keberkesanannya cuma 40%. Jadi
terpulang kepada jemaah untuk mengambilnya ketika di Malaysia. JANGAN ambil
suntikan ini di Arab Saudi kerana dosnya mungkin tidak sama.
.
.
- Dalam cetakkan buku, permasalahan umrah wanita diterangkan dengan lebih terperinci dan tersusun.
Kesemuanya dalam 7 mukasurat. DAPATKANnya SEKARANG !!!!
.
.
Terima kasih atas penerangan..semoga Allah merahmati tuan
ReplyDelete