Blog ini memcangkupi segala aspek umrah dari pemilihan agen umrah, menjadi agen umrah, belajar bab umrah, soal jawab umarah dan sebagainya ... insyallah

  • Breaking News

    Friday, September 13, 2013

    9 - CHECKLIST PERBUATAN UMRAH


    ·        Memakai wangian dan berbuat beberapa perkara sunat
    ·        Ihram dengan kain yang diselendangkan dan mengenakan keduanya.
    ·        Memulai ihram dari miqat.
    ·        Ihram wanita nifas dan haid sesudah mandi.
    ·        Niat umrah bersyarat.
    ·        Bertalbiah dengan sambil dengan suara yang sederhana bagi lelaki dan perlahan bagi wanita
    ·        Tawaf qudum sebanyak tujuh kali putaran
    ·        Tawaf dengan mengenakan kain yang diselendangkan dengan melewati bagian bawah ketiak kanan terus melingkari tubuh dengan menutup bahu kiri.
    ·        Bermula di Hajarul Aswad
    ·        Berlari kecil pada tiga putaran yang pertama.
    ·        Melambai pada Hajar Aswad dan mengusap Rukum Yamani pada setiap putaran.
    ·        Solat dua rakaat sesudah tawaf. Dalam solat itu membaca surat al-Kaafirun pada rakaat pertama dan al-Ihlas pada rakaat kedua.
    ·        Solat tersebut dikerjakan di belakang Maqam Ibrahim.
    ·        Minum air Zamzam dan menyiramkannya sebagaian ke kepala.
    ·        Berdiri di Safa menghadap kiblat.
    ·        Berdzikir kepada Allah ta’ala di tempat tersebut, mentauhidkanNya, bertakbir, bertahmid (memujiNya) dan bertahlil (serta berdo’a sambil mengangkat tangan) tiga kali.
    ·        Berjalan antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali.
    ·        Berlari-lari kecil di perut lembah (sekarang ditandai dengan lampu hijau di kedua ujungnya) pada setiap lintasannya.
    ·        Berdiri di Marwah. Berzikir di tempat itu, sebagaimana yang dilakukan di Safa dan mengakhiri Saie di Marwah.
    ·       Tahlul adalah dengan mencukurnya habis rambut atau sekadar mengunting sekurang-kurangnya 3 helai sepanjang sekerat puntung jari.


    No comments:

    Post a Comment

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?

    MASIH BEKERJA DAN INGIN MEMBINA PART-TIME INCOME?
    klik untuk maklumat lanjut

    Popular Posts